Pelakon, Adam Corrie berkongsi cara seseorang yang mempunyai tatu dan khunsa mengerjakan umrah/haji di laman Instagramnya, semalam.

“Ramai yang tanya saya.. macamana org yang ada tattoo dan lelaki khunsa yang dada seperti wanita nk pakai ihram ketika mengerjakan umrah & haji.

 

“Ketika pertama kali saya hendak mengerjakan umrah dulu, saya dinasihatkan oleh ustaz , ketika tawaf tak perlu berihram ittiba’, cukup hanya ihram biasa sahaja.

 

“Demi menjaga pemandangan jemaah lain dari fitnah dan mereka berkata2 di dlm hati.

 

“Tak faham boleh rujuk dgn ustaz2 yang bertauliah. Saya bkn ustaz, saya hanya seorang artis cina muslim.

 

“Islam itu indah & mudah.. jika kita faham. Senyum selalu, selalu bersangka baik, InsyaAllah hati tenang. #adamcorrie,” tulisnya.

Perkongsiannya itu mendapat banyak respon positif daripada netizen. Rata-rata mereka turut menzahirkan rasa rindu untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu.

IKLAN

Adam Corrie Kongsi Cara Orang Bertatu Dan Lelaki Khunsa Mahu Mengerjakan Umrah Atau Haji

Adam Corrie Kongsi Cara Orang Bertatu Dan Lelaki Khunsa Mahu Mengerjakan Umrah Atau Haji

IKLAN

Sebelum ini, Corrie juga sering berkongsi perkara-perkara yang berkaitan dengan mualaf terutamanya mengenai tatu yang dimilikinya itu memandangkan ramai yang mempersoalkan tentang isu tersebut kepadanya.

Bagaimanapun, Adam kekal tenang dan menjawab kesemua soalan dan tuduhan netizen itu dengan baik.

IKLAN

Apa-apapun, MH yakin perkongsiannya kali ini juga banyak memberikan pengajaran kepada orang ramai. Keep it up!

Foto/Instagram: Adam Corrie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI