Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan hatinya pernah terdetik untuk berpoligami namun, hasratnya itu terhenti selepas memikirkan kesannya dikemudian hari.
Jelas Aliff, meskipun poligami dibenarkan didalam agama tetapi bukan semua orang mampu menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik.
“Saya memang ada terfikir untuk berkahwin dua tapi saya tak sanggup nak pening kepala. Pada saya, bila wujudnya orang kedua, kasih sayang dan fokus kita akan berkurang.
“Saya tak kata kahwin dua itu salah. Kalau berkemampuan atau dah ditakdirkan jodoh, kita tak boleh nak halang. Perkara ini bukannya haram pun. Niat itu ada tapi saya takut bini,” selorohnya.
Pernah berhadapan situasi rumah tangga di hujung tanduk, bapa kepada lima orang cahaya mata ini bersyukur kerana dia dan isteri sentiasa diberikan kekuatan untuk mempertahankan perkahwinan mereka.
Ads
“Saya sebenarnya tak nak ulas isu rumah tangga yang viral sekarang ini. Rumah tangga saya pun pernah ada krisis besar. Pada saya, dalam perkahwinan, semua orang inginkan kebahagiaan tetapi kita tak boleh mengharapkan ia seperti di televisyen.
“Perkahwinan bukan semuanya indah. Saya pernah berada disituasi terduduk di lantai kerana merasakan rumah tangga saya dah berakhir. Namun berkat sokongan keluarga saya dan mertua, kami dapat harungi setiap dugaan.
“Saya punyai impian untuk tidak mengharungi fasa penceraian kerana saya sendiri daripada broken family. Mak dan ayah saya bercerai. Saya tak nak hal yang sama berlaku pada keluarga saya,” kongsinya lagi.
Alif berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Nona Superwoman Award 2022 yang berlangsung di M Resort & Hotel Kuala Lumpur pada Rabu.
Ads
Malah, dia juga percaya segala apa yang dikecapinya selama ini adalah disebabkan rezeki Allah SWT memalui isterinya.
“Bila kita berduit dan terkenal, ego kita akan semakin tinggi. Kita akan merasakan pasangan punyai banyak kekurangan dan ramai pula yang cuba dekati kita. Namun, saya selalu berfikir, adakah kehadiran orang baru itu ikhlas mencintai saya?
“Nak mencari pasangan yang sanggup susah senang bukan mudah. Jadi, kita harus saling hormat-menghormati. Isteri saya itu nampak je lembut tapi tegas orangnya. Dialah yang memperbaiki kelemahan saya.
“Tanpa isteri saya, saya tidak akan sampai ke tahap ini. Saya percaya rezeki suami itu ada pada isteri,” akhirinya.
Ads
Terdahulu, sebanyak 47 kategori anugerah telah pun disampaikan kepada wanita-wanita yang telah banyak berjasa dan cemerlang di dalam pelbagai bidang sepanjang tahun 2022.
Antara penerima anugerah termasuklah daripada golongan selebriti seperi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Wawa Zainal dan ramai lagi.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Suriani Ahmad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail menyifatkan bapa kepada dua cucunya telah ‘dirampas’.
Menerusi perkongsian luahan di Insta Story pada pagi Sabtu, Patimah memuat naik gambar dua orang cucu tersayang, Syaikhul Islam dan Sumayyah.
“Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam!
“Ibu mereka ditinggalkan oleh perempuan itu, laknatnya hidupnya!” tulis Patimah.
Terdahulu, Sarah dikatakan bakal memfailkan penceraian pada Isnin ini kerana tidak rela hidup bermadu.
Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia 4 tahun.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pendedahan sudah bernikah dengan Ira Kazar, berwalikan bapanya, pelakon Kazar Saisi di Thailand.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menggandingkan dua hos wanita buat pertama kalinya sepanjang penganjuran program tersebut.
Pentas AJL 37 akan menjadi saksi kolaborasi pertama antara dua pengacara popular tanah air Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
Kembali selepas berehat panjang, Jihan akui teruja kerana diberikan kepercayaan untuk mengemudi program berprestij tanah air itu buat pertama kali didalam kerjayanya sebagai seorang pengacara.
“Ini merupakan tawaran pertama saya setelah setahun bercuti. Saya memang terkejut bila pihak TV3 memberikan tawaran ini kepada saya.
“Saya baru sahaja nak kembali aktif, dapat pula tawaran jadi hos AJL37 bersama Sherry Alhadad. Lagi la saya teruja,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Jihan turut menyifatkan tawaran ini sebagai rezeki anak keduanya kerana ia datang pada waktu yang sangat tepat.
“Pada mulanya, saya memang dah merancang untuk kembali bekerja selepas anak kedua saya berusia tiga bulan. Saya nak beri sepenuh fokus kepada dia dahulu.
“Mungkin memang sudah rezeki saya. Usia anak pun dah masuk empat bulan. Bekerja semula pada bulan Januari memang waktu yang tepat.
“Komitmen untuk program ini pun tidak lama. Ketika ini, saya tak boleh nak terima tawaran kerja jika komitmennya panjang. Tawaran ini memang sesuai. Ditambah pula status AJL sebagai program berprestij,” kongsinya lagi.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui oda sidang media AJL37 yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya pada Rabu.
Bagaimanapun, Jihan mengakui dirinya masih lagi memerlukan sedikit masa bagi membina semula momentum selaku hos setelah sekian lama berehat.
“Nak cakap ‘makanan’ saya pun tak boleh juga. Banyak yang berubah mengikut peredaran masa. Saya baru bercuti setahun tapi segala yang berlaku bergerak dengan sangat pantas.
“Saya bimbang kalau saya tak dapat kejar semuanya. Sebab itu saya perlukan bimbingan daripada gandingan saya mengenai trend terkini.
“Dah masuk tahun baru ini, semangatnya pun baru. Lawak juga dah baru. Bila tengok perkara-perkara viral ni, saya agak tertinggal. Saya memang kene catch up balik. Semoga dipermudahkan semuanya,” akhirinya.
Bertemakan ‘Dimesi Muzik’, sebanyak 12 lagu bakal dipertandingkan di AJL37 yang akan berlangsung di Axiata Arena pada 12 Februari 2023 dan akan dipancarkan secara langsung di TV3 bermula jam 9 malam.
Tiket untuk menyaksikan AJL37 bakal dijual bemula 23 Januari ini di laman web rasmi Tonton bermula pada harga RM50 (Aras 4), RM60 (Aras 3), RM150 (Arena) dan RM300 (Super VVIP).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...