Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan dia sudah memasang niat untuk sekali lagi menunaikan umrah pada Ramadan, tahun ini.
Menurut Siti, suasana menyambut Ramadan di Mekah sangat berbeza dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
“Saya pun tak tahu bagaimana nak terangkan. Sesiapa yang pernah pergi umrah, mesti dia tahu rasa rindu terhadap tanah suci. Momen umrah ketika bulan Ramadan memang berbeza suasananya.
“Walaupun cuacanya agak panas ketika di Mekah dan Madinah serta keadaan yang sangat sesak tetapi nikmatnya sangat luar biasa.
“Sebab itu saya selalu merindukan suasana di sana. Saya pun sudah terbiasa daripada dahulu. Bila tiba hujung Ramadan, saya akan memunaikan umrah.
Ads
“Cuma tahun lepas saya tidak berkesempatan kerana ada perkara yang perlu diselesaikan. Jadi, saya harap tahun ini, saya dapat pergi,” katanya kepada MH.
Doa Agar Allah Jemput Kita Lagi
Dalam pada itu, penyanyi lagu Cindai ini turut berpandangan tidak salah jika seseorang itu memasang impian untuk kerap menjejakkan kaki di Tanah Suci kerana setiap daripada kita mempunyai matlamat yang berbeza.
“Memang benar kata Allah, kita akan merindukan Tanah Suci. Sebab itu bila kita berdoa ketika Tawaf Wada, jangan jadikan umrah kita ini yang terakhir tapi minta Allah jemput kita lagi.
Ads
“Jadi, dengan perasaan rindu ini dan rezeki yang Allah berikan, saya rasa tak salah kalau kita nak menunaikan umrah banyak kali.
“Mungkin seseorang itu sudah berjanji dengan Allah atau diri sendiri. Itulah yang berlaku kepada saya. Memang ada yang persoalkan kenapa saya nak pergi lagi umrah bila bulan Ramadan, kerinduan itu memang tak dapat digambarkan.
“Kita juga nak kejar nikmat 10 malam terakhir dan mencari lailatul qadar. Jika kita di Mekah dan Madinah, gandaan pahala itu tidak sama,” ujarnya.
Ads
Anggap Umrah Sebagai ‘Me Time’ Buat Diri Sendiri
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menganggap ibadah umrah ini sebagai ‘me time’ setelah sibuk dengan pelbagai urusan kerja sebelum ini.
“Bila menunaikan umrah, kita memang tak ingat lagi perkara lain. Kita lupa soal kerja. Bila solat, kita turun ke masjid. Waktu di Mekah sangat berbeza di bulan Ramadan.
“Mood dan suasana juga berbeza. Itu yang saya suka. Di sini, kita akan sibuk dengan kerja. Di sana adalah waktu untuk diri saya. Cari balik diri yang banyak kekurangan ini,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dikala perkembangan teknologi dan media sosial yang semakin pesat, pengacara dan bekas penyampai radio, Linda Onn merasakan masyarakat masa kini perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk dan percakapan seharian.
Menurut Linda, ketika ini, segala kemudahan hanya di hujung jari dan ia boleh tersebar luas dengan hanya satu klik.
“Sekarang ni zaman bahaya. Tak macam dulu. Dulu nak bergurau ke, nak buat apa pun, tiada kamera merata nak record dan tiada media sosial yang nak ditayangkan.
“Sekarang nak bercakap/bergurau/bergerak sikit pun kena hati-hati dengan sekeliling. Ada yang merakam tak? Sebab kamera easy access sekarang. Kamera melekat kat phone.
“Dulu nak record apa-apa kena bawak camera tu sendiri,” tulisnya.
Pandangan itu dikongsikan oleh bekas penyampai radio Era itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Pada masa sama, Linda turut berpandangan setiap konten yang dikongsikan di media sosial mempunyai risiko yang tersendiri kerana setiap individu mempunyai tahap penerimaan yang berbeza.
“Sikit-sikit nak record. Lepas itu post. Implikasinya kepada orang yang menonton. Adakah mereka dapat terima apa yang mereka tonton?
“Kepada tangan yang memegang phone atau camera, hati-hati. Tangan ini boleh menggoncang dunia. Hidup ni tak bebas macam dulu dik,” kongsinya lagi.
Sejak semalam, nama Linda dan beberapa penyampai radio senior kembali menjadi sebutan susulan kontroversi melibat sebuah stesen radio swasta.
Ramai yang beranggapan para penyampai radio di era 2000-an lebih profesional dan menjaga setiap pertuturan mereka ketika ke udara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Linda Onn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lebih dua bulan bergelar ibu, penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui dia masih belum bersedia untuk berkongsi wajah mahupun nama anak lelakinya kepada umum.
Saling sepakat dengan suaminya iaitu Nik Iruwan Nik Izani, Nabila, menjelaskan mereka mengambil keputusan untuk merahsiakan identiti anak sulung mereka buat masa ini.
“Belum lagi (nak tunjuk wajah anak). Insya-Allah kalau saya dah bersedia akan kongsi di media sosial.
“Saya dan suami ada pemahaman yang sama dan kami bersetuju untuk tidak lagi dedahkan wajah dan nama anak buat masa sekarang.
“Cuma saya maklum, lambat laun nanti pasti semua akan tahu juga. Mana yang boleh kita simpan hanya untuk keluarga, kita simpan dulu,” katanya.
Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui di Celebfest Ramadan di Suntec, Singapura, pada Sabtu. Selain berniaga, selebriti itu turut membuat persembahan di acara tersebut.
Menjaga privasi keluarga adalah keutamaannya, dan menurut Nabila, salah satu kebimbangannya adalah risiko penyakit ain yang boleh menimpa bayi.
“Itulah..s sekarang pun macam-macam kes berlaku melibatkan bayi seperti yang dipaparkan di media massa.
“Jadi saya tak nak ambil risiko, tambahan pula bila menjadi figura awam ni, saya risau mungkin akan diperhatikan.
“Orang biasa pun boleh jadi mangsa, inikan pula saya yang kerjanya perlu berjumpa orang ramai. Oleh sebab itu saya akan cuba pastikan privasi membabitkan keluarga terjaga,” katanya lagi.
Untuk rekod, Nabila dan Nik Iruwan mendirikan rumah tangga pada 18 November 2023. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti sensasi, Nikita Mirzani, tetap bersuara meskipun kini sedang berada dalam tahanan di Polda Metro Jaya.
Bersempena ulang tahunnya yang ke-39 pada 17 Mac, satu kenyataan penuh emosi telah dimuat naik ke akaun media sosialnya oleh staf peribadinya.
Menurut hantaran tersebut, kenyataan itu telah ditulis oleh Nikita dua hari sebelum ulang tahunnya dan kemudiannya ditulis semula dan dikongsikan pada tengah malam Ahad, 16 Mac.
Dalam catatan itu, Nikita menekankan bahawa manusia tidak perlu sentiasa positif setiap hari dan perlu memberi ruang kepada diri sendiri untuk merasai emosi yang datang.
“Tidak mengapa jika dirimu tidak gembira dan positif setiap hari. Dirimu bukan robot, dirimu manusia yang mempunyai emosi. Dirimu perlu memberi diri sendiri masa untuk berehat dan membiarkan diri merasakan apa sahaja yang sedang dirasai serta mengatasinya,” ujarnya.
Dia turut mengingatkan agar tidak terlalu keras terhadap diri sendiri dalam usaha mencari penerimaan orang lain.
“Jangan terlalu keras terhadap dirimu sendiri! Dirimu tidak perlu menjadi cukup baik hanya untuk orang lain mencintaimu. Cukuplah baik untuk dirimu sendiri, supaya orang lain mencintaimu,” kongsinya menasihati tentang pentingnya menyayangi diri sendiri.
Selain itu dalam mesej ulang tahunnya, Nikita turut menegaskan dirinya sebagai seorang wanita yang kuat dan tidak pernah merugikan negara atau mengambil wang rakyat.
“Selamat ulang tahun untuk diriku. Selamat ulang tahun untuk wanita kuat, wanita yang tidak merugikan negara dan tidak mengambil wang rakyat. Saya akan terus berjuang untuk kebenaran!” akhirnya.
Selebriti kontroversi ini kini berdepan dengan tuduhan pemerasan dan pengubahan wang haram. Menurut kenyataan polis sebelum ini, Nikita dijadualkan menjalani tahanan sehingga 24 Mac 2025.
Walaupun sedang ditahan, akaun media sosialnya masih aktif dengan pelbagai muat naik, termasuklah iklan produk yang menggunakan khidmat Nikita yang diuruskan oleh para pekerjanya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.