Beberapa hari lalu instafamous, Nor Atierah atau lebih popular menerusi nama Beby Toratora ada memuat naik sekeping gambar berkenaan dengan penampilan terkininya yang jauh berbeza dengan berat badan lamanya.

Malah menerusi Insta-Stories pula, bintang vital berusia 21 tahun itu ada memaparkan tips diet yang diamalkan sehingga berjaya menurunkan berat badan sehingga 20 kilogram! Antaranya ialah mengurangkan pengambilan makanan manis dan minuman berais.

Ramai yang kagum dengan kesungguhan Atierah dan terinspirasi menerusi apa yang dilakukan gadis manis ini.

Atierah ketika dihubungi MH memberitahu, dia mulai terfikir untuk mengurangkan berat badan kerana usianya yang kian dewasa, selain mahu tampil dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya.

IKLAN

“Ada Yang Cakap Saya Ni Gemuk, Tak Lama Lagi Matilah…” – Instafamous Beby Toratora Dalam Misi Mahu Capai Berat Ideal 60kg!

“Bila sudah meningkat remaja, sudah tentunya kita pun mahu kelihatan lebih baik. Malah, sebelum buat riview lagi, pernah saya terima sindiran. Ada yang kata saya ni gemuk, makan banyak dan tak lama lagi matilah tu. Memang tidak suka dengan sindiran yang diterima.

Jadi itulah antara sebab menguatkan semangat saya untuk diet. Yang penting, lakukan untuk diri sendiri, bukan sebab orang lain,” katanya. 

Bagaimanapun, Atierah turut memberitahu apa yang dilakukannya ini tidak pernah menyekat dirinya untuk kekal melakukan riview melibatkan produk makanan dan sebagainya.

IKLAN

“Walaupun tengah diet, itu bukan alasan untuk saya kekal buat riview untuk mana-mana jenama makanan sebab itu sudah sinonim dengan diri saya. Cumanya apabila tiada hari atau entri yang memerlukan saya buat ‘ig riviwe’, ketika itulah saya akan ambil makanan tertentu sahaja. Misalnya pada waktu pagi, saya hanya mengambil sebiji telur rebus.

 

“Sementara untuk makan tengahari ada ketikanya saya hanya kenakan segenggam nasi bersama brokoli atau sup ayam. Paling penting, banyakkan mengambil air putih,” kongsi Atierah.

Ditanya berapakah berat ideal yang mahu dicapainya, Atierah memberitahu kalau boleh dia mahu memiliki berat badan sekitar 60 atau 70 kilogram.

IKLAN

“Ada Yang Cakap Saya Ni Gemuk, Tak Lama Lagi Matilah…” – Instafamous Beby Toratora Dalam Misi Mahu Capai Berat Ideal 60kg!

“Target nak dapatkan berat dalam 60 kilogram macam tu. Tapi kalau dapat cecah 70 kilogram pun dah okay menjelang raya nanti. Sebab dulu berat saya 107kilogram dan kini sudah capai 84 kilogram saja. Alhamdulillah,” jelasnya optimis kepada MH.

Wow.. nampaknya memang menjadi ya gaya hidup sihat yang diamalkan Beby Toratora ni. Meletuplah nanti time raya. Cayalah!!

Foto: Instagram Beby Toratora

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI