Kerap berlakon menerusi naskhah aksi kebelakangan ini, pemenang trofi Artis Lawak MeleTop di Anugerah MeleTop Era 2018 (AME2018), Zizan Razak menyifatkan kemenangannya menerusi kategori berkenaan adalah sebagai signal para peminat sudah mula merindui karektor lawaknya menerusi sesebuah program.

Akui pelakon asal Terengganu ini lagi, meski mengakui banyak mengambil naskhah yang lebih serius, Zizan bagaimanapun masih cuba mengekalkan identiti sendiri selain tidak mahu lari daripada apa dikehendaki pengarah.

“Rasanya tidak salah untuk saya kembali berlakon, pegang watak yang lawak balik. Saya rasa orang pun dah mula rindu. Misalnya baru-baru ini, saya ada terlibat di dalam program Projek Theme Park.

 

Banyak komen positif yang diberikan peminat dan ada yang cakap mula rindu nak tengok Zizan kelakar balik. Bagi saya, itu saya hal yang baik untuk kerjaya,” jelasnya kepada MH.

“Ada Yang Cakap Rindu Nak Tengok Saya Kelakar Balik,” – Akui Zizan Bila Sering Dikata Berlakon Watak Serius

IKLAN

Ditanya mengenai kejayaannya dalam menggondol anugerah tersebut meski kini kian ramai pelawak baru yang tidak kurang hebatnya, Zizan memberitahu apa yang dicapainya ini merupakan suatu rezeki, tiada niat membandingkan diri dengan siapa-siapa.

“Ada Yang Cakap Rindu Nak Tengok Saya Kelakar Balik,” – Akui Zizan Bila Sering Dikata Berlakon Watak Serius

IKLAN

“Alhamdulillah, apa yang saya buat ini merupakan kerja dan kejayaan ini merupakan suatu rezeki. Tak ada apa-apa rahsia kecuali ikhlas dan tak ada niat pun untuk kalahkan sesiapa.

 

“Pada masa sama, saya juga nak berikan seru peminat supaya berfikiran lebih pelbagai dan kalian boleh meminati sesiapa sahaja. Peminat boleh suka mana-mana pelawak yang mereka suka. Janji sokonglah kami,” akhiri Zizan yang bakal kembali bersatu bersama rakan baiknya, Johan menerusi sebuah program baru di Astro. 

Foto: Instagram Zizan Razak

 

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI