“Ada Rasa Sayu Sampai Masjid Hari Ini, Tak Tahu Kenapa,” – Jumaat Terakhir Ramadan Tahun Ini, Alif Satar Berkongsi

Share

Seperti yang sedia maklum, hari ini merupakan Jumaat yang terakhir dalam bulan Ramadan tahun ini.

Lalu pengacara dan pelakon, Alif Satar ada meluahkan rasa bersama pengikut di akaun Instagram miliknya.

Kongsi pelakon drama bersiri Penjara Janji ini, dia berasa sayu setelah tiba di masjid bagi untuk menunaikan solat fardhu Jumaat hari ini.

“Alhamdulillah.. last friday in the month of ramadan.. ada rasa sayu sampai masjid harini, taktau kenapa..,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini mengharapkkan agar orang ramai sentiasa dilindungi dan diberikan kesihatan yang baik dari Yang Maha Esa.

May Allah swt protect us all p/s Ya Allah.. kau kembalikan bulan ramadan kepada kami.. dalam keadaan kami sihat dan aafiyah,” tulisnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat juga meluahkan rasa sedih dan hiba kerana bulan Ramadan pada tahun ini akan berakhir tidak lama lagi.

Foto: Instagram Alif Satar

IKLAN