Pelakon cantik, Zahirah MacWilson mengakui dia rasa kelakar apabila kenyatannya berhubung ciri-ciri lelaki idaman menjadi buah mulut ramai, dan tidak kurang menganggap kenyataan yang diberikan itu sebagai suatu yang serius.

Ujarnya, dia hanya memberi jawapan terhadap apa yang ditanya pihak media, tetapi tidak menyangka ada yang sanggup menghantar’ resume’, mahu jadi teman hidup bintang tinggi lampai ini.

“Ada Pakcik, Bapa Orang Yang Hantar ‘Resume…’ – Zahirah MacWilson Hanya Gurau, Tapi Ada Pandang Serius!

IKLAN

“Ceritanya begini, saya kena ditemu bual bersama rakan media dan antara soalan yang diberikan ialah apakah ciri-ciri lelaki idaman. Saya pun cakaplah mahukan lelaki yang kelakar, boleh menghormati keluarga dan tidak semesitnya handsome. 

 

“Lalu rasa kelakar bila ada yang direct message (dm), mahu hantar ‘resume’,” katanya kepada MH.

Ditanya golongan lelaki mana paling memberikan reaksi terhadap kenyataan tersebut, pelakon Tak Ada Cinta Sepertimu mendedahkan, antara yang mencuri perhatiannya ialah individu yang boleh digelar sebagai ‘pakcik dan bapa orang’.

“Ada Pakcik, Bapa Orang Yang Hantar ‘Resume…’ – Zahirah MacWilson Hanya Gurau, Tapi Ada Pandang Serius!

IKLAN

“Ada pakcik, bapa orang yang hantar ‘resume’. Rasa kelakar pula, tetapi tiadalah yang melekat pun. Hanya berseloroh,” jelasnya yang turut memberitahu, dia tidak akan sesekali sorok kisah cintanya. 

Dalam perkembangan lain, Zahirah kini sibuk di lokasi penggambaran sebuah drama sempena raya berjudul Mentari di samping Syafiq Klye dan Datuk Rosyam Nor.

IKLAN

“Ada Pakcik, Bapa Orang Yang Hantar ‘Resume…’ – Zahirah MacWilson Hanya Gurau, Tapi Ada Pandang Serius!

Foto: Instagram Zahirah MacWilson

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI