Ada Ketika Penyanyi Berkumpulan ‘Bermasam Muka’, Fitri Haris Cakap Itu Benda Biasa

Tidak dinafikan perselisihan faham itu pasti akan ada di dalam sesebuah kumpulan dan hal ini turut diakui bekas ahli kumpulan UNIC, Dr. Fitri Haris.

Dr. fitri juga bakal tampil dengan bersama ahli UNIC yang lain menjayakan persembahan REUNIC Live In Concert The Finale See You Di IPT The Musical yang akan berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur, 8 Oktober depan.

Fitri berkata penggabungan kesemua ahli kumpulan itu tidak mustahil dilakukan kerana masing-masing mengenepikan kepentingan peribadi demi kemajuan muzik nasyid yang diketengahkan.

Ada Ketika Penyanyi Berkumpulan ‘Bermasam Muka’, Fitri Haris Cakap Itu Benda Biasa Ada Ketika Penyanyi Berkumpulan ‘Bermasam Muka’, Fitri Haris Cakap Itu Benda Biasa

Sekalipun jika ada berlaku pertelingkahan di antara mereka, hal itu tidak berlarutan lama berikutan masing-masing meletakkan komitmen kumpulan sebagai keutamaan.

IKLAN

“Bagi saya bergaduh ini biasalah… kadang-kadang bila pernah kami berdua sahaja dalam ahli pun boleh bergaduh. Kelakar pun ada tapi kami cuba bagi yang terbaik untuk konsert akan datang ini.

“Tidak mustahil untuk gabungkan kami semua kerana masing-masing letak kepentingan peribadi itu ketepi dan bawa semangat berpasukan dalam sama-sama cari titik persamaan iaitu semua minat muzik, minat lagu-lagu UNIC dan paling penting semua peminat rindukan UNIC,” katanya.

Ada Ketika Penyanyi Berkumpulan ‘Bermasam Muka’, Fitri Haris Cakap Itu Benda Biasa

Konsert REUNIC yang menggabungkan kesemua ahli baharu dan lama yang pernah meninggalkan UNIC dari tahun 2002 hingga kini itu bakal berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 8 Oktober ini, jam 8 malam.

Bertahan selama 20 tahun dalam industri seni, sebanyak 20 lagu akan disajikan kepada para penonton pada malam itu nanti.

“Persembahan telah dibahagikan kepada empat segmen iaitu permulaan, muzikal, srikandi dan persahabatan diserikan dengan lagu-lagu hits UNIC seperti Ainul Mardhiah, Ke Makam Bonda, Jalinan, termasuk lagu khas Sebuah Pertemuan 2.0 oleh REUNIC,” katanya lagi.

IKLAN

Tiket menonton konsert secara fizikal bagaimana pun sudah habis dijual tetapi dibuka untuk tiket menonton secara penstriman dalam talian yang boleh dibeli bukan sahaja peminat tanah air malah seluruh dunia terutama dari Indonesia dan Singapura.

Konsert dalam talian boleh ditonton sehari selepas Konsert Live REUNIC The Finale pada 9 Oktober, jam 9 malam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.