Penyanyi, Marsha Milan merancang untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) hujung tahun ini dalam usaha untuk mendapatkan anak selepas lapan tahun berkahwin.
Menurut Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh, dia kini sedang membuat persiapan daripada segi mental dan fizikal sebelum memutuskan untuk membuat keputusan besar tersebut.
“Sebelum ini, setiap tahun saya akan bagitahu nak buat IVF tapi mungkin saya belum bersedia sepenuhnya.
“Namun, saya sudah berbincang dengan suami dan kami mungkin akan cuba pada tahun ini. Kalau tak bersedia juga, kita tangguh lagi,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi lagu Kembali Terang ini juga memaklumkan dirinya kini giat mencari tahu dengan lebih mendalam tentang rawatan IVF ini.
Ads
“Saya sedang mempersiapkan diri untuk bersedia dan pada masa sama, saya sedang mendalami ilmu IVF. Ramai yang kata perjalanan IVF ini bukan senang.
“Saya juga ada bertanya kepada beberapa kawan yang ada pengalaman. Malah, salah seorang kawan saya ketika ini sedang menjalani rawatan IVF.
“Jadi, saya ada bertanya dan dia juga berkongsi pengalaman. Dia juga masih di fasa awal dan saya nak cari tahu tentang prosedurnya.
“Ada yang kata proses ini menyakitkan dan saya juga rasa sedikit seram. Jadi, saya perlu sedikit waktu untuk bersedia,” ujarnya lagi.
Ads
Katanya lagi, pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum menjalani prosedur tersebut termasuklah perancangan kerjaya seninya.
“Memang betul. Sebab itu ada banyak aspek yang menyebabkan saya menangguhkan proses IVF. In Sha Allah, kalau tiada halangan, mungkin pada hujung tahun ini,” ulasnya lagi.
Ads
Sementara itu, Marsha juga bersyukur kerana dikurnia suami dan keluarga yang sangat memahami serta menyokong usahanya untuk mendapatkan zuriat.
“Suami saya juga sangat terbuka dalam soal IVF ini. Malah, dia pun tak tedesak untuk ada zuriat. Kadang kala, saya pula yang beriya ajak berbincang.
“Suami pula yang tenang. Katanya, ada rezeki, adalah nanti. Ibu mentua pun ada juga bertanya pada awal tahun lepas. Selepas itu, dia tak tanya lagi dah,” akhirinya.
Sekadar informasi, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon asal Singapura, Atikah Suhaime yang baru sahaja bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh menyifatkan gelaran ‘Datin’ yang dibawa bukanlah suatu hal yang mudah.
Menurut Atikah, dia menghormati ‘pangkat’ tersebut sekaligus optimis untuk membawa gelaran Datin seiring dengan perkara positif yang boleh dilakukan.
“Bagi saya title Datin itu merupakan satu gelaran yang sangat saya hormati. Mungkin diri saya masih banyak lagi kekurangan untuk memegang gelaran tersebut sebenarnya.
“Malah untuk seseorang individu itu mendapat gelaran Datuk pun bukanlah sesuatu yang mudah.Jadi pada saya, suami telah melakukan yang terbaik bersama gelaran yang diberikan,” katanya.
Atikah berkongsi perkara itu menerusi temubual bersama TikTok Majalah Nona yang kembali dikongsikan di ruangan Instagram.
“Ya, saya sudah ada ‘title’ itu, tetapi saya kena melakukan sesuatu kepada masyarakat misalnya, sebagaimana yang telah dilakukan suami. Sekarang ini, adalah tanggungjawab dan peluang saya untuk buat perkara sama.
“Malah situasi itu membuatkan saya terfikir… Oh, saya perlu menyumbang sesuatu kepada orang di luar sana.
“Mungkin daripada segi perniagaan (Zaitun) di mana kami mengeluarkan prduk yang berkualiti tinggi, tetapi dengan harga yang mampu milik. Supaya orang Muslim khususnya boleh menggunakannya.
“Jadi pada saya, itulah salah satu cara yang boleh kita berikan balik kepada masyarakat,” katanya lagi.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima hampir 30,000 kali tontonan disusuli dengan pelbagai komen baik yang ditinggalkan warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pereka fesyen popular, Datuk Jovian Mandagie, Datin Nina Ismail Sabri mendedahkan dirinya sedia membantu mana-mana usahawan terutamanya buat para peniaga kecil yang terkesan selepas pelaksanaan ‘lockdown’ yang diumumkan sejak Isnin.
Jelas Nina, dia akan menggunakan platform media sosialnya bagi mempromosikan apa sahaja jenis bisnes secara percuma.
Katanya lagi, para peniaga kecil hanya perlu menerikan butiran lanjut mengenai peniagaan mereka tanpa perlu menghantar apa-apa barang atau hadiah.
“Kepada peniaga kecil, instashops, restaurants and sesiapa sahaja yang berniaga, kalau nak minta saya tolong postkan your business boleh whatsapp gambar dan IG handle to 0193020060 dan saya akan post on story.
“Tak perlu hantar barang or gifts, it’s okay. I just need your details. Kalau ada website boleh bagi website so I can do swipe up link,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh anak kepada Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Nina turut menambah, suaminya juga akan membantu menyediakan khidmat penghantaran buat mana-mana usahawan yang memerlukan perkhidmatan tersebut.
“Kalau tau mana-mana gerai dan business kecil yang tiada delivery, boleh tolong mereka register @heyho.my kalau mereka bukan tech or online savvy.
“Jovian Mandagie boleh tolong get someone from the team to help them juga untuk register,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan agar segala urusannya itu dipermudahkan.
Sekadar informasi, Nina kini difahamkan mimiliki lebih 500,000 jumlah pengikut di laman Instagram.
Sumber: Instagram Datin Nina Ismail Sabri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penceramah dan pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan nama serta fotonya untuk menipu dan meminta wang daripada orang lain menerusi WhatsApp.
Menurut Ustaz Don, tindakan seperti ini bukan sahaja boleh mencalarkan nama baiknya bahkan secara tidak langsung telah memburukan imej individu berserban.
“Scammer. Gais!!! Tolong sebarkan. Dah la guna gambaq Ustaz pakai serban. Memang nak bagi buruk imej orang pakai serban. Mintak ribu pulak. Kacau.
“Tolong sat kawan-kawan. Jangan bagi ada yang terkena. Nama saya Don Daniyal dan nama Isteri Husna Zahry @husnazahry bukan Ariati. Tak pasai,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Salam Baitullah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi foto tangkap layar yang dikongsi itu, individu tersebut dikatakan telah menyamar menjadi Ustaz Don lalu meminta wang sejumlah RM3750 untuk dipindahkan ke akaun isterinya.
Dikesempatan itu juga, Ustaz Don turut berharap agar semua pihak dapat lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan tersebut.
“Ya Allah, tolong bukak hati pertama, orang yang buat agar jangan buat naya kat orang dan kedua orang yang nak kena, supaya nampak kebohongan,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selain turut menasihati Ustaz Don untuk membuat laporan polis berhubung isu berkenaan
“MasyaAllah buat report polis ustaz.
“Ramai dah yang kena macam ni ustaz. Mereka dapat nombor phone ambil dalam Whatsapp dari kenalan kita juga.
“Diorang ni tak fikir ke balasan di akhirat nanti.
“Tudiaa dia ingat 3K tu macam tiga posen ke.
“Tak baik sungguh. Semoga insaf si pelakunya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, selain sibuk dengan aktiviti-aktiviti dakwah dan pengacaraan, Usta Don juga kini dilihat bergiat aktif menerusi bisnes restorannya yang diberi nama Smoked Kingdom by Don Daniyal.
Sumber: Instagram Ustaz Don Daniyal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!