Hos dan pelakon, Ain Edruce merakamkan rasa syukur atas kejutan hari jadinya yang ke-27.
Menyambut hari lahir pada 4 Ogos lalu, bintang 30 Pesanan Suara ini turut berkongsi foto sekitar yang turut diraikan oleh rakan selebriti seperti Issey, Ammar dan Qalisya Ray.
“Ada jugak org sayang kan aku.. hmmm. Hahahah. Thanks semua,” tulisnya ringkas menerusi salah satu posting fotonya.
Turut hadir pada sesi kejutan hari jadi tersebut ialah tunang kepada Ain, Amirul Hafiz dan para peminatnya turut menitipkan ucapan menerusi ruangan komen.
Ads
Sekadar imbasan, pasangan ini bertunang Jun lalu dan Ain dan bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 13 Disember depan.
Mengikut persetujuan keluarga perempuan dan lelaki, majlis resepsi di sebelah keluarga perempuan akan diadakan pada 14 Disember, manakala acara menyambut menantu pula seminggu kemudian.
Foto: Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pencinta sukan bola sepak Malaysia hari inj dikejutkan dengan pemergian pemain bola sepak Malaysia dan penjaga gol utama pasukan Terengganu FC (TFC), Mohd Suffian Abdul Rahman, 41.
Arwah dikhabarkan terlantar di hospital sejak dua minggu lalu akibat masalah jantung.
Atas perkhabaran dukacita itu, rakan atlet turut sama merakamkan ucapan takziah buat Allahyarham dan keluarga.
Buat kesekian kalinya, imej pelakon dan penyanyi, Alif Satar sekali lagi tumpuan netizen apabila dia dirakam lagi ketika siaran langsung solat Jumaat di kaca televisyen, hari ini.
Menerusi Insta Stories, isteri kepada bintang berkenaan, Shadila Halid ada berkongsi foto yang dikirimkan seorang peminat yang sempat merakamkan wajah suaminya itu ketika dirakam lensa.
Sebelum ini, Aliff menjadi perhatian ramai apabila wajahnya seringkali dirakam lensa sewaktu sedang mendengar khutbah saat siaran langsung solat Jumaat.
Baru sahaja melahirkan anak ketiganya, penyanyi Adira menafikan gosip yang hangat diperkatakan mengenai kononnya, dia telah diceraikan suami, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim dikenali sebagai Datuk Red, ketika sedang sarat mengandung.
Malah seperti yang dipetik Harian Metro, bintang berusia 28 tahun itu juga turut menafikan dia merupakan wanita yang berada dalam kamar mahkamah seperti disampaikan sumber kepada ruangan gosip sebuah portal hiburan baru-baru ini.
“Saya ada dengar cerita ini dan ramai juga yang menyebut nama saya. Walaupun gosip itu tidak menyatakan siapa artis wanita itu, tapi ramai yang membuat spekulasi ia adalah saya.
“Saya sebenarnya malas nak bercakap perkara sama berulang kali terutama gosip remeh dan berita yang sengaja direka untuk melemahkan saya. Dari dulu sampai sekarang, saya takkan layan dan buat tak tahu saja,” jelas Adira seperti yang dipetik.
Pada masa sama, bintang ini turut mengakui dia tidak mahu mengambil serius mengenai hal yang boleh memeningkan kepala, lebih-lebih lagi terhadap hal yang tidak benar.
“Saya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara yang tak betul. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting saya dan suami tahu kebenarannya,” katanya yang bagaimanapun mengakui keharmoniannya bersama suami ada pasang surutnya sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama.
“Tipulah kalau sepanjang berkahwin tak pernah gaduh dan berselisih pendapat. Kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
“Bagi saya, ia perkara biasa dalam perkahwinan dan dilalui oleh semua pasangan. Cuma, dalam kes saya tidaklah sampai nak bercerai berai.
“Suami masih menjalankan tanggungjawabnya. Paling penting sekarang, saya mahu fokus pada anak yang baru lahir, diri dan keluarga,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Datuk Red pula menjelaskan, spekulasi yang timbul itu adalah tidak benar sama sekali.
“Saya bersumpah dengan nama Allah, saya tidak buat perkara itu. Sangat terkejut depan apa yang diperkatakan. Saya masih waras untuk buat semua ini.
“Selagi saya ada kudrat dan bernyawa, saya akan terus menjaganya dengan anak-anak,” tegas Datuk Red.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.