MH perasan ramai pula selebriti yang luah perasaan mereka di Twitter, mungkin kerana sudah tidak tahan asyik dikecam kot.

Terbaru, giliran pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah pula berbuat demikian. Katanya, dia meminta agar netizen tidak mudah melatah sekiranya dia ada tersalah tulis dalam Bahasa Melayu.

‘Ada Je Silap Yang Nak Di Cari’- Adam Corrie Luah Perasaan Di Twitter

IKLAN

“Ada je silap yang nak di cari. Ooh… lupa mereka adalah pengkritik yang pro tanpa gaji. Saya ni bukan org melayu. Saya cina. Jadi kalau ayat bahasa melayu salah tulis salah eja tatabahasa tak betul, jgn marah ye.

“Biasa la sayakan cina, cina muslim malaysia. Anak malaysia,” tulisnya.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian netizen namun kebanyakkan mereka memberikan kata-kata semangat buatnya.

‘Ada Je Silap Yang Nak Di Cari’- Adam Corrie Luah Perasaan Di Twitter ‘Ada Je Silap Yang Nak Di Cari’- Adam Corrie Luah Perasaan Di Twitter ‘Ada Je Silap Yang Nak Di Cari’- Adam Corrie Luah Perasaan Di Twitter

Bagi MH, biasalah manusia itu melakukan kesilapan, tiada yang sempurna kan? mungkin lepas ini, Adam Corrie boleh lebih berhati-hati supaya perkara ini tidak berulang lagi. Biasalah manusia ini kan tunggu sahaja kita berbuat silap.

IKLAN

Dalam pada itu, dia juga turut berkongsi fotonya bersama isteri yang akan bergerak mengerjakan ibadah umrah hari ini.

“Alhamdulillah dah selesai makan.. kat airport, kami nak pergi umrah hari ini.

“Saya minta maaf segala kesalahan, kekhilafan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Doakan kami selamat pergi, dipermudahkan segala urusan dan ibadah,” tulisnya lagi.

‘Ada Je Silap Yang Nak Di Cari’- Adam Corrie Luah Perasaan Di Twitter

IKLAN

Apa-apapun MH doakan perjalanannya dipermudahkan.

Sumber: Twitter Adam Corrie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI