Kecoh di media sosial tentang isu pelakon pujaan ramai, Fattah Amin yang didakwa netizen sebagai tidak profesional kerana meninggalkan set rancangan Meletop yang bersiaran di Astro Ria tempoh hari.

Menerusi satu sumber, pihak pengurusan kepada pelakon popular ini, Fas Subari menafikan dakwaan netizen yang semakin hangat mengatakan Fattah sebagai seorang yang tidak profesional.

Ada Hal Kecemasan, Pihak Pengurusan Nafi Fattah Tidak Profesional

Fas menjelaskan bahawa sepatutnya netizen jangan membuat andaian sendiri dan dalam masa yang sama dia memberitahu lagi Fattah terpaksa meninggalkan set rancangan hiburan tersebut kerana mempunyai hal kecemasan di saat akhir.

IKLAN

“Sebagai pengurus Fattah, soal profesional itu saya tahu dia sudah membuat kerjanya sebaik mungkin. Malah dalam hal ini pihak Astro sendiri yang patut keluarkan kenyataan,” kata Faz kepada Utusan Online.

Menurut sumber lagi, Fas masih tidak dapat menjelaskan apa yang telah berlaku malam tempoh hari namun begitu satu mesyuarat dengan pihak Fattah telah diadakan semalam dan katanya akan berkongsi kenyataan dari pelakon tersebut lewat petang semalam.

Tetapi sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan daripada Fattah sendiri tentang isu hilang di saat akhir ketika di rancangan Meletop tempoh hari.

Ada Hal Kecemasan, Pihak Pengurusan Nafi Fattah Tidak Profesional

IKLAN

Dalam pada itu, Fattah dikatakan telah meninggalkan set Meletop dengan keadaan tergesa-gesa sehingga pihak produksi rancangan tersebut terpaksa mengejar pelakon pujaan ramai itu untuk mencabut mikrofon yang masih terpasang pada badannya.

MH juga ada terbaca beberapa komen dari netizen yang katanya Fattah hilang di saat akhir kerana tidak mahu bertemu dengan host rancangan tersebut, Neelofa.

IKLAN

Namun itu semua adalah andaian dari netizen sahaja dan perkara sebenar yang berlaku masih tidak kita ketahui jadi janganlah kita dengan begitu mudah untuk membuat spekulasi tentang perkara yang kita tidak tahu hujung pangkalnya.

Diharap Fattah dapat tampil menjelaskan isu ini agar keadaan kembali tenang. Ramai peminat Fattah tertanya-tanya apakah yang terjadi sebenarnya pada malam itu.

Sumber: Utusan Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI