Pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza musim kelima (GV5) Zamani membuat penonton tidak senang duduk apabila secara seloroh mengakui dia sudah berpunya apabila diminta untuk memilih di antara enam finalis Dewi Remaja terbaru.
Terdahulu, keenam-enam gadis tersebut hadir mengisi slot sejurus persembahan Zamani dan Ameng bagi mempromosikan program realiti Dewi Remaja yang akan bersiaran di Astro Ria bermula Ahad, 25 November depan di Astro Ria.
“Tak apalah, saya dah ada dah,” kata Zamani ringkas. Sementara Ropie juga turut hadir bagi mempromosikan program Maharajalawak Mega.
Mengulas lebih lanjut mengenai pengakuan yang dibuatnya secara langsung di malam akhir semalam, penyanyi Gerimis mengundang ini tidak menafikan dirinya sedang mengenali hati budi seseorang.
Ads
“Buat masa ni saya ada berkawan dengan hamba Allah ni. Saya belum bersedia nak kongsi takut nanti kalau tak jadi, malukan? Jadi nanti kalau sudah pada fasa yang lebih serius, insyaAllah saya akan kongsi dengan rakan media,” terang Zamani jujur kepada MH.
Ditanya mengenai tempoh perkenalannya dengan wanita tersebut, Zamani memberitahu dia sudah lama mengenali, cuma baru-baru ini hubungan menjadi lebih serius.
Ads
“Kawan dah lama dah, hampir lima tahun. Dia boleh faham saya dan seorang yang baik. Pada saya, dia banyak tolong dan pada masa sama, dia cuba faham saya.
“Kita ni manusia, memanglah banyak kelemahan, jadi dia pun boleh terima dan boleh faham saya,” kata Zamani yang tidak mahu komen lebih apabila diajukan persoalan sama ada wanita tersebut ada menonton persembahannya sepanjang bersaing di GV5.
Ads
Jom ikuti temu bual penuh bersama Zamani menerusi FB Live MH.
#MHLIVE ini komen Zamani mengenai kemenangannya di tempat ke3 dalam GV5 dan dia turut berkongsi mengenai wanita yang kini bertakhta di hati, amboi!
Baru-baru ini, penyanyi, Tomok dikecam hebat netizen gara-gara memuat naik gambar dirinya berpakaian seperti wanita.
Bagaimanapun, segala persoalan mengapa Tomok melakukan hal sedemikian akhirnya terjawab apabila penyanyi tersebut telah melancarkan lagu serta muzik video terbarunya bertajuk Bekas Kekasih.
Muzik video tersebut mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah berubah daripada kesilapan lampaunya.
Setakat ini, lagu ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramla itu telah mendapat lebih 130,000 jumlah tontonan malah turut tercalon dalam 10 lagu paling trending di laman Youtube tak sampai 24 jam ia disiarkan.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji muzik video Tomok tersebut yang disifatkan mengandungi banyak nilai moral sambil turut menyelitkan unsur dakwah.
Muzik video Bekas Kekasih turut diserikan lagi dengan penampilan istimewa pelakon berbakat, Beto Kushairi.
Wow, lain dari yang lain lagu terbaru Tomok ni ye! Apa-apa pun semoga berjaya diucapkan kepada Tomok untuk lagu terbarunya ini.
Foto: Instagram Tomok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...