Pelakon Elfira Loy menyifatkan segala ujian yang dihadapinya ketika ini telah menjadikannya lebih kuat dan bersabar di dalam pelbagai perkara.

Elfira memberi tahu, tiada keperluan baginya untuk menerangkan segala ujian yang dialaminya ketika ini kerana percaya Allah sebagai sebaik-baik perancang.

“Allah adalah sebaik-baik perancang. Ada banyak perkara yang ingin saya katakan pada kapsyen ini. Saya sering menulis dan memadam kapsyen panjang untuk saya menjelaskan segala yang telah terjadi kepada diri saya. Tapi saya melihat tiada keperluan untuk saya melakukan sedemikian.

 

“Ujian daripada Allah membuatkan saya lebih kuat dan bersabar di dalam pelbagai perkara. Saya tahu masanya akan tiba, jawapan yang anda cari selama ini akan diketahui juga.

 

“Saya hanya perlu banyak berdoa kerana Allah sahaja yang boleh mengubah segalanya dan bukan anda. Pada saya, jika tiada sesuatu yang baik untuk diperkatakan lebih baik diam. Perkara ini bukan untuk menyejukkan hati saya sebaliknya menolong anda di akhirat kelak”  tulisnya.

Tambah Elfira, suatu masa nanti, segala kebenaran mengenai ujian yang dihadapinya ketika ini akan diketahui juga.

IKLAN

Dalam pada itu, Elfira memberitahu dia hanya memperbanyakkan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

Di ruang komen, rata-rata pengikut Elfira menitipkan kata-kata semangat untuknya supaya jangan mengalah dan terus kuat menghadapi ujian yang mendatang.

IKLAN

“Ada Banyak Yang Ingin Saya Katakan Tapi Saya Padam,” – Enggan Ulas, Elfira Loy Serah Segala Ujian Kepada Allah

IKLAN

“Ada Banyak Yang Ingin Saya Katakan Tapi Saya Padam,” – Enggan Ulas, Elfira Loy Serah Segala Ujian Kepada Allah

Terdahulu, nama Elfira sekali lagi menjadi perhatian umum selepas adiknya, Ezzrin Loy didakwa lari daripada membayar hutang.

Foto: Instagram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI