MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa anak sulung kepada pelakon terkenal, Abby Abadi dan bekas suaminya yang juga merupakan seorang pelakon, Norman Hakim telah dihantar untuk menuntut ilmu di pusat tahfiz.

Semalam MH ada ternampak Abby telah berkongsi pengalamannya menghantar anak belajar ke pusat tahfiz menerusi akaun Instagramnya.

Abby Abadi Kongsi Pengalaman Hantar Anak Belajar Di Pusat Tahfiz

“Ini hero Mama @danishhakim_243 ❤

 

“Anak yg baik. Sangat baik. Mendengar kata. Umur 11 tahun, masa tu gemuk lagi… Mama dah hantar duduk Tahfiz. Nangisss tapi redha. Cal nangis, cal nangis.. tapi belajar ALQURAN, tajwid power juga. Belajar dalam nangis awal2 tu hehe.. bila teringat balik, Mama pulak yg nangis sbb Abg Danish berjaya melaluinya ?

 

“Di Tahfiz pertama, tahun pertama belum mula menghafal. Tahun kedua pindah ke Tahfiz yg mengunakan sistem Turki, baru mula menghafal. 2tahun yg sangat hebat. Kita tengok memang rasa tak mampu (banyak setan sungguhhlahhh mama nya ?) Hampir sepanjang masa, bersama ALQURAN, Danish berjaya bergelar Al Hafiz bulan Ogos 2017 haritu. Alhamdullillah

 

“Sekarang ni dlm sesi mengulang & terus mengulang sebelum di hantar ke Turki utk ambil syahadah disana pula. Tak lama pun ke Turki. 7-9 bulan kalau lepas exam, buleh balik dah. Kemudian tahun seterusnya Danish akan sambung ke Tahfiz lain utk Akademik & SPM. InshaALLAH. Itulah perancangan Mamanya. Apapun, Sy berserah segalanya pada ALLAH SWT. Semoga ALLAH ada perancangan yg lebih baik utk kami semua.. ?

 

“PS: Ada mulut2 senget kata nanti anak sekolah tahfiz nak kerja apa.. Halooo! Anak sekolah Tahfiz hafal ALQURAN. Itu lah yg paling mulia, tak semua mampu., Yg tak nak ikut perintah ALLAHpun, ALLAH bagi rezeki. Yg ikut melimpah2 lagi nanti. Doakan yg terbaik. Yakinnn! ?

 

“Apapun, Steady Abang Danish. 14 tahun

 

“Berangan nk kahwin dah walaupun perancangannya 10 tahun lagi. Tak terduga… usik mengusik. Buat dia seronok lain mcm haha. Bakal mertua kt Paris la melayan lebih. Harap Ida yg jauh di mata, Setia ye koh koh koh @light.km ?,” tulis Abby.

MH setuju dengan apa yang dikatakan oleh Abby, setiap rezeki itu diberi oleh ALLAH SWT dan orang yang tidak patuh denganNYA juga diberikan rezeki apatah lagi orang yang patuh dengan perintahnya pasti diberikan rezeki yang berlipat kali ganda.

IKLAN

Rata-rata pengikut Abby juga turut bersetuju dengannya dan mendoakan yang baik-baik buat Danish.

anita.darus: Semoga terus istiqamah ke jalan Allah utk anak2 @abby_abadi112 . Sempit & sedih sungguh segelintir manusia berfikir anak sekolah Tahfiz nak kerja apa. Kebanyakkan manusia sekarang kejar dunia, Al Quran pun tak reti nak baca. Bila kejar Akhirat, Dunia akan mengejar anda. Saya benar2 kagum dgn @abby_abadi112 cara anda berubah. Semoga saya pun istiqamah untuk berubah seperti awak.

IKLAN

myshyra_kk5: Sememangnya begitulah yg terbaik, biar anak kenal Islam dulu, baru kenal dunia. Brulah jiwa dia sebati dlm Islam. Apapun, perkongsian yg menarik. ?

IKLAN

afzamunazah: Alhamdulillah,rezeki akak dpt anak2 pnghafaz AlQuran..

Semoga Danish terus berjaya dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu dan bapanya serta menjadi contoh yang baik kepada orang lain untuk menuju ke jalan yang lebih baik.

Sumber: Instagram Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI