Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz mendakwa dia terpaksa mendahulukan wang sendiri kira-kira RM90,000 bagi memastikan seramai 40 jemaah dapat menunaikan umrah, baru-baru ini.
Menurut Aaron, tindakan tersebut terpaksa diambil susulan agensi berkaitan didakwa ada berlaku kesilapan di dalam soal pengurusan, tetapi bukanlah penipuan.
“Ada juga yang kata kenapa saya senang-senang percayakan orang atau mudah-mudah bagi orang duit.
“Senang kata macam ni, kalau saya tidak keluarkan amaun wang tersebut, 40 jemaah akan tersangkut. Bila saya lihat gambar para jemaah yang merupakan pakcik dan makcik semua kan.
“Kalau saya tidak dahulukan duit saya untuk beli tiket kapal terbang, mereka tidak akan dapat pergi menunaikan umrah. Selebihnya saya tiada apa-apa yang nak cakap,” katanya.
Aaron berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis Raya Aidil-Fit-Rizz iQIYI 2025 di EQ Hotel, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Ads
Bukan Pasal ‘Scam’
Aaron turut memaklumkan, dia tidak mengambil tindakan lanjut setakat ini kerana pihak agensi berkenaan kini sedang melakukan pembayaran semula secara berperingkat.
“Bukan pasal ‘scam’ atau apa, mungkin ‘missed manage’ kerana umrah ini bukan perniagaan macam kita pergi London ke Paris… Untuk perjalanan umrah ini selalunya aliran tunainya tinggi.
“Kejadian itu berlaku satu bulan selepas saya tanda tangan kontrak, nasib baik saya tak terjebak lebih daripada itu.
“Mereka kini sedang membuat pembayaran semula secara berperingkat. Kalau saya ambil tindakan, syarikat tersebut akan ditutup.
Ads
“Kalau tutup, saya tidak akan dapat duit saya kembali. Syarikat itu juga ada ramai pekerja yang tidak bersalah dan akan tiada kerja nanti.
“Saya harap pihak berkuasa dapat wujudkan satu badan agar perkara seperti ini tidak berlaku,” katanya lagi.
Aaron turut menambah, dia juga tidak lagi bekerjasama dengan agensi berkenaan walaupun hubungan masih dalam keadaan baik.
“Saya sudah bekerjasama dengan syarikat tersebut lebih lapan tahun. Selama ini memang tiada masalah. Cuma kali ini saja.
Ads
“Saya masih bagi peluang dan hubungan kami masih okay tapi saya tidak lagi bekerja untuk mereka lagilah,” katanya lagi.
Jemaah Tak Tahu, Aaron Selesai Sendiri
Dalam pada itu, Aaron mengakui para jemaah tidak dimaklumkan mengenai isu yang berlaku dan segala urusan telah diselesaikan tanpa pengetahuan mereka.
“Segalanya sudah diselesaikan. Mereka tak tahu saya dahulukan duit sendiri. Baru hari ini saya buka cerita. Sebelum ini, saya tidak pernah bagitahu sesiapa,” katanya.
Terdahulu pada Mac, Aaron pernah meluahkan rasa kecewa dengan situasi yang menimpanya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Norman Hakim dilihat bertemu dengan bekas isterinya, aktres Abby Abadi, selepas timbul dakwaan kononnya berlaku perselisihan antara mereka.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, video pendek yang kini tular merakamkan Norman bersama Abby berbual mesra dan ketawa sebelum memasuki sebuah kedai makan, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Turut kelihatan di dalam video sama ialah isteri Norman, iaitu pelakon Memey Suhaiza dan menerusi rakaman sama, Norman turut berkongsi satu laporan portal yang mendakwa dia pernah mengasari Abby.
Menerusi hantaran terbaharu, Norman dan Abby masing-masing berkongsi foto bersama yang turut dihadiri anak mereka, Marissa Dania bersama kapsyen yang memberi makna.
“Deep talk over dinner. Thank you Allah SWT and thank you everyone for all the kind prayers,” tertera pada ruang kapsyen.
Terdahulu, Abby pernah berkongsi kisah rumah tangganya bersama Norman, termasuk menyentuh mengenai dakwaan pernah jadi mangsa keganasan rumah tangga dan pengabaian nafkah anak.
Pendedahan tersebut menjadi sorotan di media sosial, sekaligus mengundang pelbagai spekulasi warganet.
Imbas kembali, Norman dan Abby pernah bertemu jodoh pada 2002 sebelum bercerai pada 2009.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17.
Kini, masing-masing mempunyai kehidupan berkeluarga apabila Abby berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 lalu.
Norman pula mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Memey pada September 2011 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
“Terima kasih kepada yang memberi kata-kata semangat buat saya dan keluarga. Semoga pramugari yang tersalah tutur kata itu, belajar atas kesilapannya.
“Seperti yang saya cakap sebelum ini, kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat pramugari lain juga,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Walaupun insiden itu mengguris hati, Fasha bagaimanapun memaklumkan dia dan keluarganya telah memaafkan pramugari tersebut.
Namun, peristiwa itu tetap menjadi satu kenangan yang sukar dipadamkan.
“Walau bagaimanapun, saya dan keluarga telah memaafkan wanita tersebut tapi mungkin kami tidak akan melupakan.
“Ni kenangan kami apabila sampai di Alor Setar dan dah nak waktu berbuka.
“Kami makan kejap sementara menunggu grab sampai. Biarlah ada yang menghina dan biar ada yang mencerca.
“Kami akan tetap hidup cara kami. Cara yang sederhana. Sederhana itu indah,” jelasnya lagi.
Terdahulu, insiden itu tular selepas Fasha mendedahkan rasa kecewanya terhadap sikap seorang pramugari syarikat penerbangan yang mempersoalkan pertanyaan yang dirasakannya tidak wajar.
Menurut Fasha, walaupun bergelar selebriti, dia memilih untuk menaiki kelas ekonomi atas dasar berjimat selain mengamalkan gaya hidup sederhana.
Fasha turut menegaskan bahawa duduk di kelas ekonomi bukanlah sesuatu yang memalukan, malah ia pilihan peribadi yang wajar dihormati oleh semua pihak, termasuk kru penerbangan.
Lalu, perkongsian pelakon Malang Si Puteri ini mengundang reaksi pelbagai pihak dan ada yang turut menyuarakan sokongan terhadap Fasha dan memuji pendiriannya yang memilih untuk kekal hidup secara sederhana meskipun bergelar selebriti terkenal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial, Ashhryyyyyy, tampil mendedahkan keadaan terkini wajah sahabat baiknya, Cik Epal, selepas didakwa menjadi mangsa serangan oleh isteri bekas suaminya, Dewi, baru-baru ini.
Menurut Ashhryyyyyy yang mesra disapa Ash, dia terkejut sebaik menerima foto yang menunjukkan seolah ada kesan cakar di wajah sahabat baiknya itu, termasuk kecederaan di bahagian kelopak mata.
“Ramai minta gambar Cik Epal pula! Jadi kita comparekan kononnya kronologinya dengan perbuatannya,” tulis Ash di Insta Story.
Ash pada masa sama turut meluahkan rasa cemas dengan situasi dialami Cik Epal.
Malah dia turut berharap semoga tiada kesan serius yang boleh menjejaskan wajah atau penglihatannya.
“Masa dapat gambar ni serious berderau tengok aku berdoa tak ada apa apa serious dekat muka or mata dia.
“Dah lah kami ada job video shoot dengan agency esok,” katanya lagi.
Terdahulu, Cik Epal memuat naik video dari perspektif dirinya, mendakwa dicakar sehingga mengalami kecederaan di mata dalam satu insiden tular, sebelum ini.
Dalam perkembangan berkaitan, bekas suaminya, Jofliam, turut berkongsi sebuah video baharu yang menunjukkan suasana tegang yang berlaku.
Setakat ini, kedua-dua pihak saling mengemukakan bukti tersendiri di media sosial, sekali gus mendapat sorotan ramai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...