8 Perkara Menarik Tentang An Najwa

Ahad yang lalu negara kita, Malaysia telah meraih pingat emas dalam pertandingan bola jaring bersempena Sukan Sea 2017.

Terpancar kegembiraan di wajah setiap anggota pasukan bola jaring negara setelah usaha dan penat lelah mereka terbayar dengan pingat emas yang dimiliki.

Salah seorang anggota pasukan yang sering menjadi sebutan semenjak pertandingan tersebut adalah An Najwa atau nama sebenarnya An Najwa Azizan yang menjadi penjaring terbanyak dalam perlawanan akhir tersebut.

Kehebatannya itu tidak dapat disangkal lagi sehingga namanya menjadi sebutan seluruh rakyat Malaysia.

IKLAN

Jom kita ketahui sedikit perkara menarik tentang An Najwa.

1. An Najwa telah dilahirkan pada 9 Ogos 1997 dan merupakan anak kepada bekas pemain ragbi kebangsaan, Azizan Azmi.

2. Mempunyai ketinggian 178 sentimeter dan itulah di antara kelebihan yang ada pada dirinya untu menjaringkan gol dengan mudah.

3. Gadis tinggi lampai ini merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik.

4. Di usianya 13 tahun dia telah mula berjinak-jinak dengan sukan bola jaring dan sebelum itu dia terbabit dengan sukan olahraga dalam acara lompat jauh.

IKLAN

5. Dalam Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu, An Najwa telah dipilih sebagai MVP (Most Valuable Player) dan negara kita telah menjadi juara pada kejohanan tersebut.

6. Rahsianya untuk berjaya menjaringkan gol adalah, ketika ingin menjaringkan bola tersebut dia tidak memikirkan perkara lain dan hanya fokus untuk bola tersebut masuk ke dalam jaring.

7. Hobi gadis ini adalah makan, ya itulah hobi penjaring gol Malaysia ini.

8. An Najwa juga suka menyanyi dan dia berkata, jika dia bukan seorang atlet dia mungkin akan menjadi penyanyi.

Itulah serba sedikit perkara menarik tentang An Najwa. Tidak hairanlah semangat kesukanan yang ada dalam dirinya itu begitu membara untuk meraih kemenangan dalam setiap pertandingan yang disertainya kerana semangat itu datang daripada ayahnya sendiri.

Sumber: Astro Gempak