Perkongsian video pendek yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok aktor Norman Hakim mencuri perhatian wargamaya.
Masakan tidak, di dalam video berdurasi 11 saat itu, Norman yang duduk di atas sofa sambil bermain tiba-tiba ‘diterkam’ isteri, Memey Suhaiza yang terus duduk di atasnya.
Menarik perhatian ramai apabila melihat reaksi spontan wajah aktor berbadan sasa itu yang terkejut.
Selebriti versatil, Roslan Shah akui kecewa dengan tindakan rakan artis, Azwan Ali yang dikatakan bertindak biadap dan tidak menghormati kesucian Kota Mekah.
Roslan memberikan respon tersebut selepas Azwan dikatakan memuat naik ciapan di Twitter yang mempersoalkan tujuaannya ke Mekah sama ada untuk mengerjakan umrah atau melakukan maksiat.
Jelas Roslan, tindakkan Azwan itu bukan sahaja seakan menghina Islam malah boleh memberikan persepsi buruk kepada masyarakat dunia terhadap Tanah Suci, Mekah.
“Sebut perkataan Umrah. Umrah tu di lakukan di mana? Tindakkah di Tanah Suci Mekah.
“Tak kisahlah menghina saya tahap bawah kaki sekali pun tetapi perkataan umrah di hadapan itu memberi persepsi buruk terhadap Tanah Suci Mekah. Seolah-olah boleh buat maksiat di Tanah Suci.
“Tidakkah orang asing membaca boleh menimbulkan persepsi buruk boleh buat maksiat ketika beribadah. Sedangkan kita ke Tanah Suci untuk beribadah, bukan maksiat,” tulisnya.
Respon tersebut dikongsikan sendiri oleh selebriti asal Singapura itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Meski pun agak sedih dengan perbuatan tersebut, namun Roslan tetap mendoakan semoga Azwan diberikan kesempatan untuk bertaubat.
“Saya tak boleh terima penghinaan sebesar ini terhadap Tanah Suci. Perkataan ‘umrah berjubor’ tu? Itu satu penghinaan walaupun tanda ‘?’
“Terima kasih Azwan Ali di atas penghinaan ini. Sebenarnya awak bukan hina dan caci saya tetapi awak hina dan caci agama Islam saya.
“Menghina tempat letaknya rumah Allah, Tanah Suci Mekah dan Madinah, Subhannallah, saya sangat sedih untuk penghinaan ini kepada agama saya.
“Semoga Allah SWT memberikan kau ruang untuk bertaubat sebesar-besar bertaubat di atas penghinaan ini,” kongsinya lagi.
Kata Roslan lagi, tujuannya ke Mekah hanyalah untuk mengabdikan diir beribadah dan memanjatkan doa buat kedua ibu pada serta orang-orang di sekelilingnya.
“Lagipun saya tak pernah nak ambil tahu hal orang lain. Saya ke sana untuk perbaiki diri saya dan untuk doakan arwah ibu dan ayah tercinta serta doa untuk ahli keluarga serta sahabat-sahabat dan follower saya sahaja.
Insyallah Doa itu dimakbulkan. Amin.
“Harap Maklum. Tunggu sahaja selepas ini kenyataan saya ya. Saya dah sampai ke Malaysia. Amin,” akhirinya.
Sejak beberapa hari lalu, nama Roslan hangat diperkatakan selepas dituduh melakukan maksiat bersama pelakon, Johan As’ari gara-gara tidur sebilik ketika mereka sama-sama mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.
Berang dengan tuduhan tersebut, Roslan juga mengancam untuk membuat laporan polis terhadap individu yang menyebarkan fitnah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Roslan Shah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tiada angin, tiada ribut, timbul pula spekulasi membabitkan pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel selepas syarikat mereka didakwa memotong gaji pekerja gara-gara tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
Menurut Wawa, syarikatnya itu tidak pernah berbuat sedemikian malah, dia juga tetap memberikan gaji kepada para pekerja sewaktu negara dilanda pandemik.
“Isu yang dikaitkan dengan kami itu tidak betul. Kami tidak pernah memotong gaji pekerja. Malah, ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pun, kami masih berikan bonus.
“Pada tahun lepas pula, staf saya sangat meriah dengan bonus. Hari raya dan hujung tahun dapat bonus. Mereka juga dapat bercuti ke luar negara, berjalan-jalan dan membeli belah,” katanya kepda MH.
Wawa berkata sedemikian ketika ditemui media pada majlis Malam Aprisiasi Wawa Cometic 2023 yang berlangsung di Tenera Hotel, Bangi pada Sabtu.
Jelas Wawa lagi, dia dan suami amat kecewa kerana dakwaan tersebut mula tersebar disebabkan satu artikel yang diterbitkan sebuah portal blogger.
“Sebenarnya, tiada siapa pun yang menuduh saya atau Aeril tetapi pihak blogger tersebut yang membuat spekulasi sendiri. Merekalah sebenarnya yang mencetuskan fitnah tersebut.
“Saya rasa ini fitnah yang paling teruk pernah kami terima. Kalau pihak portal tersebut meletakkan tanda soal pada kenyataannya itu dan gambar kami dikaburkan, mungkin kami boleh terima lagi.
“Ini setepek gambar kami di situ dan tiada tanda soal pada kenyataan tersebut. Seolah-olah pihak tersebut mengiyakan dakwaan syarikat kamilah yang dimaksudkan kerana tidak membayar gaji pekerja.
Lantaran itu, Wawa memaklumkan dia dan suami terpaksa membawa perkara tersebut ke muka pengadilan demi menjaga nama baik syarikatnya.
“Setahu saya, pihak laman portal tersebut telah menerima surat ‘letter of demand’ (LOD). Yang menguruskan segala hal ini adalah Aeril sebab dia rasa geram sangat. Saya ni hanya menenangkan dia sahaja.
“Aeril memang nak ambil tindakan kerana perbuatan tersebut telah mencalarkan nama baik kami. Sebagai usahawan, kami tak boleh biarkan kalau imej kami dicalar. Aeril anggap perkara ini sangat serius,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut memberitahu, dia tidak mahu hal seperti ini menjejaskan hubungannya bersama pihak media yang lain.
“Kepada pihak media terutamanya blogger yang saya kasihi, anda juga banyak menyokong kami. Jadi, kami tidak mahu perkara seperti ini merosakkan hubungan kita. Saya pun tak mahu perkara ini terjadi.
“Kepada blogger berkenaan, saya minta maaf kalau anda terasa dengan tindakan kami. Namun, kami tetap kena buat untuk memberi pengajaran bukan kepada dia sahaja tetapi juga kepada orang lain yang suka buat spekulasi sendiri,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah kunjungan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) baru-baru ini ke kilang yang diusahakan Ir Mohd Zain Harun dan keluarganya di Klang, Selangor mencuri perhatian ramai seterusnya mencetuskan tular baru-baru ini.
Tun M antara lain memuji usaha dan kesungguhan pemilik empayar perniagaan berkenaan hinggakan perkongsiannya itu dikongsi ramai serta diungkap semula.
Malah, beliau begitu kagum dengan inisiatif dan gerak kerja dilakukan operasi kilang yang berjalan sejak 2010 itu hingga tidak sedar hampir tiga jam masa berlalu saat kunjungan dilakukan.
Untuk rekod, PS Poly Pack Sdn Bhd menjadi syarikat yang berada di belakang tabir mengubah landskap pek pembungkusan cecair dari botol kepada pek pembungkusan fleksibel, atau lebih dikenali dulu dengan pek isian semula atau ‘refill’.
“Kilang ini mengeluarkan ‘flexible packaging dan polyethylene film/bag’. Banyak mesin canggih digunakan dalam inovasi pembungkusan di kilang ini.
“Antaranya, Rotogravure Printing Machine, Printing Inspection Machine, Blow Film Machine, Bag Making, Slitting, Cutting, Dry Lamination Machine dan lain-lain,” kata Tun M.
Tun M menambah, kaedah pembungkusan di zaman sekarang semakin ke hadapan.
“Dahulunya kita banyak guna botol, umpamanya barangan berair atau minyak, peluntur, susu, jus, kopi, buah kering semuanya dibotolkan.
“Ini tidak berkesan dari segi ruang dan berat kerana botol itu sahaja punyai jisim tersendiri. Lagi banyak botol, lebih banyak kotak diguna kerana fizikal botol itu sendiri telah memenuhi ruang.
“Tetapi dengan adanya kaedah pembungkusan yang moden dan fleksibel ini, ia menjimatkan ruang, selamat dan jimat kos,” katanya.
Tun M turut menjelaskan, kilang berkenaan bukan sekadar membuat bungkusan kepada syarikat multinasional untuk lebih kurang 80% jenama global barangan harian dalam pasaran yang terbukti digunakan oleh jutaan pengguna Malaysia.
“Mereka turut menjadi perunding kepada pengusaha Industri Kecil Sederhana (SME) dalam pembungkusan produk, umpamanya jika anda pengusaha sambal dan tidak tahu jenis bungkusan yang sesuai.
“Kilang ini membantu cadang jenis pembungkus yang sesuai. Ini salah satu perkhidmatan baik buat pengusaha SME,” katanya lagi.
Tambahnya, satu lagi inovasi yang ditunjukkan ialah makanan jenis Meal Ready-to-Eat (MRE).
“Saya ucap tahniah kepada Ir. Mohd Zain atas keberanian dan kejayaan menguasai industri sedemikian. Saya harap semangat beliau dijadikan contoh pengusaha lain. Semoga syarikat ini terus maju dan membesar di masa hadapan. Selamat Maju Jaya,” katanya.
Sementara itu, Fatin Diana yang juga Pengasas Origina terharu dengan suntikan semangat diberikan Tun M.
“Saya membesar dengan melihat ketokohan dan kepimpinannya selama ini. Beliau dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden.
“Tentunya momen indah bersua muka atas kunjungan hormat itu satu detik berharga yang saya takkan lupa sampai bila-bila,” kata Fatin Diana.
Pengasas produk minuman Origina dan BioWonders itu turut teruja memaklumkan perkembangan terbaharu legasi perniagaannya.
“Malaysia Football League (MFL) mengumumkan syarikat minuman Origina sebagai penaja baharu TM Piala Malaysia 2022 dan Liga Malaysia 2023 bermula 26 Oktober lalu.
“Dengan pengumuman ini, Origina akan menjadi pembekal rasmi minuman jus dan susu untuk Liga Malaysia. Minuman Origina dihasilkan untuk menghilangkan dahaga, dan memberi manfaat berganda sesuai untuk kanak-kanak hingga ke dewasa.
“Kami berharap Origina akan menjadi minuman ideal membantu menyegarkan bukan hanya pemain bola sepak malah atlet negara supaya komited semasa latihan intensif dalam meningkatkan tahap prestasi permainan mereka,” kata Ketua Pegawai eksekutif (CEO) Origina itu.
Fatin turut memberitahu jenama minuman diusahakannnya juga diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pek Express Meals untuk seluruh anggota polis di serata Malaysia yang bertugassemasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November lalu.
Turut hadir pada majlis bermakna itu tenaga kerja syarikat berkenaan iaituMohd AliffMohd Zain (Pengarah PS Poly Pack), Adilah Shuib (Pengurus Besar), Dr Siti Fatimah Zaharah Zulkapli (Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah PS Medipack Sdn Bhd) dan Wan Syakirah Mohd Rasdi (Ketua Pegawai Komersial).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.