7 Bulan Bergelar Janda, Bella Dally Kini Sudah Selamat Bertunang, Tahniah!

Share

Pelakon, Bella Dally telah memuat naik sekeping foto yang melihatkan dia mengenakan persalinan baju pertunangan berwarna kuning lembut.

Foto tersebut turut disertakan kapsyen syukur kepada Yang Maha Esa atas pertunangannya itu.

“Expect the unexpected and trust your journey. Accept whatever befalls you..

“Assalamualaikum everyone, I got engaged on 12.01.2019. I would like to thank all of you for your prayers, love and support. 
It is true, Allah’s timing is perfect,” tulisnya. 

Gambar tersebut melihatkan Bella mengenakan busana berona kuning lembut.

Menerusi ruangan komen pula, peminat telah menitip ucapan tahniah buat pelakon drama Cubaan Bahagia itu.

Terdahulu, Bella pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 sebelum bercerai pada 2 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.

Foto : Instagram Bella Dally

IKLAN