Sinonim dengan usaha memartabatkan warisan tekstil negara, Bkay Nair sekali lagi tampil menggabungkan elemen menarik dalam pakaian tradisonal masyarakat majmuk di negara ini.
Sempena dengan pertunjukan fesyen Malaysian Heritage Showcase 2024 (MHS2024) yang bakal berlangsung bulan depan, Bkay memperkenalkan pakaian tradisional kaum India iaitu sari yang dihasilkan dari tekstil batik.
“Ini kelainan yang kami bawakan pada tahun ini yang dijadualkan pada 23 November depan, di mana antara yang menjadi fokus utama ialah 6 Yards of Beuaty di mana pakaian sari dari tekstil batik iaitu antara warisan dan identiti negara kita.
“Lebih menarik saya dalam usaha mendapatkan hasil tangan batik daripada banduan di penjara negara ini sebagai sokongan dan tarikan pada kali ini memandangkan mereka turut mengasilkan batik yang sangat tinggi nilai seninya,” katanya.
Bintang filem Ratu The Movie dan Bunglow No.99 itu berkata demikian pada sesi pertemuannya dengan rakan media di Bungalow 37, Bangsar, pada Khamis.
Bkay menambah, pemilihan batik pada pertunjukan anjuran Bkay Nair Resources dengan sokongan Persatuan Pembangunan Pernigaan Fesyen Malaysia (PPPFM) kali ini, menampilkan batik sebagai tekstil yang mampu menghasilkan pelbagai jenis dan potongan fesyen mengikut kreativiti pereka.
Lebih dari itu, Bkay juga optimis dalam usaha untuk memperkenalkan batik ke pentas lebih komersial, sekaligus mampu menjana pendapatan mereka yang terlibat dalam industri ini.
“MHS2024 juga bakal mengiktiraf dan menyediakan Anugerah Pereka Terbaik yang mula diperkenalkan sejak tahun lalu dalam menghargai usah pereka terbabit mengangkat warisan tekstil tempatan.
“Kami turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam penganjuran kali ini yang mendapat penyertaan daripada pereka tempatan.
“Selain sari, pereka juga bakal menampilkan pelbagai rekaan menggunakan tekstil batik seperti baju dan gaun yang boleh digayakan dalam majlis khas mahupun untuk tujuan komersial dalam meraikan tradisi tempatan,” katanya.
Sementara itu, Bkay yang juga presiden PPPFM berkata, dirinta gembira dan bersyukur akhirnya sebuah persatuan untuk peniaga fesyen dinegara ini Berjaya ditubuhkan sekaligus memberikan amanah kepada dirinya untuk mengetuainya.
“Saya menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan dan akan berusaha melakukan yang terbaik dalam usaha memastikan industri fesyen di negara ini terus berkembang.
“Pelbagai agenda juga sudah diatur termasuk bengkel dan sesi perbincangan bagi mengeratkan hubungan sesama pemain industri dalam bidang berkaitan serta mencari peluang menjalinkan usaha sama,” katanya lagi.
Selain pernah aktif berlakon, Bkay sebelum ini juga aktif dalam dunia modeling selain pernah mewakili negara dalam pertandingan ratu cantik, antaranya Miss India Tourism 2007/08.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@mediahiburanofficial Pelakon yang sinonim menerusi filem Ratu The Movie & Banglo No.99, Bkay Nair bercakap soal teman hidup baharu selepas perkahwinan pertamanya berakhir dengan perpisahan pada April 2018. Hargai seni tekstil, Miss India Tourism 2007/2008 itu juga kini optimis DUP SELEP memperkenalkan pakaian tradisional kaum India iaitu sari yang dihasilkan dari batik bersempena pertunjukan fesyen MalaysianA NIN Heritage Showcase 2024 (MHS2024), 23 November depan. Dia pada masa sama turut mencancang untuk menerbitkan dokumentari mengenai keunikan batik di negara ini. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Natural scenery and relaxing healing songs(821806) – imataku
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI