Hari ini pastinya menjadi hari yang paling mendebarkan buat seluruh pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malayia (SPM) kerana mereka akan mengetahui keputusan mereka hari ini.
MH doakan yang terbaik untuk mereka yang mengambil keputusan hari ini dan tahniah buat mereka yang mendapat keputusan cemerlang, buat yang kurang cemerlang pula jangan putus asa ok.
Apapun kali ini MH nak kongsikan dengan korang semua lima selebriti yang dapat keputusan cemerlang dalam SPM. Nak tahu siapa? Jom tengok senarai ini!
NEELOFA
Keputusan SPM: 10A
Tahun: 2006
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Nor, merupakan seorang pelajar cemerlang semenjak dari sekolah rendah lagi. Beliau mendapat keputusan 5A di dalam peperiksaan UPSR dan menyambung pendidikan ke peringkat menengah di sekolah MRSM Langkawi dan keputusan yang diperolehinya untuk SPM adalah 10A dan selepas itu melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di Universiti Sunway dalam jurusan, Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran.
MIRA FILZAH
Keputusan: 8A
Tahun: 2010
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman merupaka bekas pelajar cemerlang dan penari kebudayaan sewaktu bersekolah di SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dia kemudian melanjutkan pengajiannya di dalam jurusan perniagaan di Universiti Teknologi MARA.
EZLISA LOY
Keputusan: 7A, 2B
Tahun: 2013
Ezlisa Loy, 22, adik kepada pelakon wanita popular Elfira Loy ini merupakan bekas pelajar di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras. Beliau adalah seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajarannya dan keputusan SPM yang diperolehinya juga sangat memberangsangkan. Kini Ezlisa sedang melanjutkan pengajiannya ke peringkat universiti.
SOO WINCI
Keputusan: 7A, 2B
Tahun: 2002
Bekas pelajar sekolah SMK Damansara Utama, Soo Winci merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Beliau juga telah menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.
JANNA NICK
Keputusan: 6A, 2B
Tahun: 2013
Nurul Jannah binti Muner atau lebih dikenali dengan nama Janna Nick merupakan seorang pelakon wanita yang kian meningkat naik dalam industri seni. Bukan sahaja cemerlang di dalam bidang lakonan namun Janna juga merupakan pelajar cemerlang ketika di bangku persekolahan. Janna adalah bekas pelajar MRSM Pendang dan di sana di memperoleh keputusan SPM, 6A, 2B.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI