Wah tahun ini banyak pula berita gembira daripada selebriti tanah air. Ada yang berkahwin, bertunang dan ada juga yang bakal menimang cahaya mata.

Kali ini MH ingin berkongsi kepada anda semua enam selebriti yang sedang hamil ketika ini dan bakal bergelar ibu atau bapa pada tahun 2018.

 

1. Datuk Seri Siti Nurhaliza

5 Selebriti Bakal Dapat Baby Tahun 2018

Berita kehamilan Datuk Seri Siti Nurhaliza ini membuatkan ramai pihak rasa teruja terutamanya peminat-peminat Siti Zoners. Selepas 11 tahun melayari alam rumah tangga akhirnya Siti dikurniakan rezeki untuk hamil. Dijangka Siti bakal bersalin pada bulan Mac tahun hadapan.

 

IKLAN

2. Datin Zizie Ezzete.

5 Selebriti Bakal Dapat Baby Tahun 2018

Selepas 8 tahun berkahwin, Datin Zizie Ezzete akhirnya disahkan hamil malah apa yang lebih menggembirakan adalah bayi yang dikandungnya adalah kembar. Zizie bakal melahirkan bayi kembarnya pada Januari 2018.

 

3. Mawar Abdul Karim

5 Selebriti Bakal Dapat Baby Tahun 2018

IKLAN

Ternyata berita kehamilan Mawar Abdul Karim yang merupakan isteri kepada pelakon lelaki dan usahawan berjaya, Fizo Omar telah membuatkan pasangan ini berasa amat gembira kerana setelah empat tahun mendirikan rumah tangga barulah mereka dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Pada bulan Mei yang lalu, Mawar telah disahkan hamil dan dijangka akan bersalin pada bulan Januari tahun hadapan.

 

4. Nora Danish

5 Selebriti Bakal Dapat Baby Tahun 2018

Kehamilan Nora Danish kali ini bukanlah kehamilannya yang pertama, Nora sudah mempunyai seorang anak bersama bekas suaminya dan kali ini hasil daripada perkahwinannya bersama Nedim Nazri dia disahkan hamil dan bakal melahirkan bayi dalam kandungannya pada bulan Mac 2018.

IKLAN

 

5. Jihan Muse

5 Selebriti Bakal Dapat Baby Tahun 2018

Pasti pelakon dan pelawak, Jihan Muse tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata pertamanya. Terdahulu, Jihan pernah berkata bayi yang dikandungnya ini adalah bayi ‘made in France’ kerana dia disahkan hamil selepas pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri Biniku Ninja bersama suaminya di France. Jihan dijangka akan bersalin pada bulan Januari tahun hadapan.

 

Tahniah MH ucapkan buat semua selebriti ini, semoga mereka dan kandungannya sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan urusan untuk melahirkan nanti dipermudahkan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI