Pelakon Jangan Benci Cintaku, Niena Baharun bersyukur dan menyifatkan dirinya bertuah kerana meski usia kandungannya sudah pun mencecah lima bulan, namun dia tidak mengalami sebarang alahan teruk. Cumanya, bintang asal Kelantan ini mengakui hanya cepat rasa penat.

Niena berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan hari jadi pelakon, Ruhainies di Kache Shah Alam, pada Sabtu.

“Alhamdulillah setakat ini saya tidaklah alami sebarang alahan teruk atau muntah-muntah. Semuanya dipermudahkan dan okay sahaja. Cuma, buat masa sekarang saya rasa sering kali mahu balik Kelantan dan jamah makanan Kelantan. Malah, sebelum ini pun sempat lepas geram makan durian memandangkan sekarang ini musim kan. 

 

“Meski suami bukan penggemar durian, tetapi saya sempat jamah beberapa ulas. Sekarang ni tak boleh makan dah atas nasihat doktor,” katanya kepada MH.

Belum  Sedia Kongsi Jantina Anak, Niena Baharun Tak Alami Teruk. Cuma…

IKLAN

Ditanya mengenai persiapannya dalam menyambut kelahiran anak sulung, Niena mengakui masih belum lakukan persiapan rapi memandangkan dia dan suami baru saja mendapat tahu mengenai jantina anak.

“Kami baru jantina anak minggu lalu. Jadi biarlah persiapan itu dilakukan perlahan-lahan. Hanya baju saya saja yang dibeli memandangkan perut kian membesar,” kongsinya yang masih berahsian mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan.

Ditanya mengenai seri ibu mengandung, Niena tidak menolah pertanyaan sama turut diaju padanya sebelum ini.

IKLAN

“Aduihai cantik ke? Tetapi itulah saya tidak nafikan ada juga yang cakap wajah saya tampak macam lain, lebih berseri-seri. Syukur alhamdulillah. Mungkin ambil aura anak yang tengah dikandung,” seloroh Niena yang masih belum memikirkan soal kerjaya ketika ini.

 

“Buat masa ini, saya tidak lagi mengambil mana-mana tawaran berlakon. Kali terakhir berada di lokasi penggambaran pun untuk drama episod, Jangan Benci Cintaku pada Ramadan lalu.

 

“Kena tengok situasi selepas kelahiran dulu, barulah saya akan fikirkan untuk bila masanya untuk kembali berikan komitmen terhadap lakonan. Suami tidak pula menyekat, sebaliknya dia paling banyak memberikan sokongan,” katanya lagi.

Niena dijangka bakal melahirkan cahaya matanya November depan. Terdahulu, Niena dan suaminya, Aliff Firdaus Abdul Hadi selamat diijab kabulkan di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan, awal Februari lalu.

IKLAN

Foto: Instagram Niena Baharun

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI