Kemeriahan Syawal tahun ini pastinya akan lebih bermakna buat penyanyi tersohor, Datuk Seri Nurhaliza apabila bakal menyambut Aidilfitri bersama cahaya mata sulungnya, Siti Aafiyah Khalid.

Menurutnya, dia sendiri tidak sabar untuk membawa anaknya itu ke kampung halaman bagi bertemu ahli keluarganya yang lain.

“Saya sendiri tidak sabar untuk bawa anak ke Lipis. Bagaimanapun seperti sebelum-sebelum ini setiap kali sambut lebaran,ers kami akan pulang ke Kedah dan Lipis. Cumanya masih belum pasti bila,” katanya kepada MH.

Persiapan Syawal, Siti Nurhaliza Tak Mahu Terlalu Membazir Shopping Baju Raya Aafiyah

Pada masa sama, Siti turut merakamkan ucapan terima kasih buat peminat dan pengusaha barangan kanak-kanak yang tidak putus-putus memberikan hadiah buat permata hatinya itu.

IKLAN

“Kalau ditanya mengenai persiapan raya anak, saya masih belum ada peluang untuk membeli apa yang patut buatnya. Apa pun, saya ucapkan terima kasih buat semua atas hadiah berupa baju raya dan kelengkapan lain buat Aafiyah.

 

“Sudah banyak bajunya. Saya sendiri tidak mahu membazir tetapi untuk baju raya yang ‘matching’ dengan saya tu, saya akan tempahlah,” ujar Siti yang bakal muncul menerusi single remake Comel Pipi Merah, Syurga Cinta duet bersama Khai Bahar. 

Persiapan Syawal, Siti Nurhaliza Tak Mahu Terlalu Membazir Shopping Baju Raya Aafiyah

Terdahulu, penyanyi Badarsila itu ditemui rakan media sejurus majlis pelancaran dan perlantikannya sebagai Skuad Selebriti Shopee, iaitu sebuah inisiatif terkini yang membolehkan pengguna mendapatkan koleksi produk dikeluarkan selebriti kesayangan mereka.

IKLAN

Lima artis lain yang turut dilantik Shopee untuk platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan itu ialah Nora Danish, Izara Aishah, Elfira Loy, Heliza Helmi dan Emma Maembong.

IKLAN

Persiapan Syawal, Siti Nurhaliza Tak Mahu Terlalu Membazir Shopping Baju Raya Aafiyah

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI