Bagi yang mengikuti perjalanan seninya di gelanggang perfileman Bollywood, Aamir Khan atau nama sebenarnya, Mohammed Aamir Hussain Khan, 53, memulakan langkahnya dalam lakonan sejak kecil lagi. Siapa yang boleh melupakan barisan filem lakonan yang begitu sinonim di negara ini seperti Mann, 3 Idiots, PK dan banyaj lagi.

Jom ikuti apa yang menarik mengenai bintang hebat ini!

Aktor Paling Berjaya!

Disebut Sebagai Aktor Paling Berjaya India, Ini Trivia Menarik Bukti Sukses Aamir Khan!

Seawal usia 7 tahun, bintang mega itu muncul menerusi filem debut, Yaadon Ki Baarat. Sejak itulah, pelakon yang sinonim dengan watak komedi dan drama itu mengatur langkah cemerlang untuk bergelar bintang seni sejati Bollywood sehingga kini. Atas pencapaian gemilangnya di dalam dunia perfileman di sana, aktor kelahiran Mumbai, India itu dirujuk sebagai antara pelakon lelaki paling berjaya dalam sejarah industri di Bollywood!

Filem Terlaris

Disebut Sebagai Aktor Paling Berjaya India, Ini Trivia Menarik Bukti Sukses Aamir Khan!

IKLAN

Masakan tidak, kebanyakan barisan filem sama ada yang dilakon atau diterbitkannya mendapat reaksi positif penonton dan rata-ratanya mendapat pulangan menguntungkan dari seluruh dunia. Misalnya filem komedi satira lakonannya iaitu PK, kekal menjadi antara filem paling menguntungkan di India. Selain filem tersebut, dua filem lain yang turut mencatatkan impak sama ialah Dhoom3 dan 3 Idiots yang diterbitkan pada tahun 2009 lalu.

Anak Seni Sejati

Menyorot kata-katanya bersama media tempatan tahun lalu, aktor yang dilahirkan pada 14 Mac 1965 ini mengakui masih belum puas untuk beraksi di hadapan lensa kamera. Baginya, lakonan ibarat darah daging yang begitu sukar untuk dipisahkan. Ternyata, figura hebat ini merupakan antara pemain seni sejati di Bollywood.

“Percaya atau tidak, saya sering anggap diri ini masih remaja dan perlu belajar banyak lagi dala seni. Malah, saya tidak pernah puas dengan pencapaian selama ini. Biar orang kata saya sudah berjaya, tetapi ia bukan alasan untuk saya terus berhenti,” kata Aamir yang bakal muncul menerusi filem Thugs of Hindostan tahjun hadapan.

Barisan Filem Box-Office!

IKLAN

Disebut Sebagai Aktor Paling Berjaya India, Ini Trivia Menarik Bukti Sukses Aamir Khan!

Mengimbas kembali momen indahnya dalam dunia lakonan, Aamir barangkali sudah boleh menghela nafas lega apabila filem-filem lakonannya menjadi antara filem hits yang pecah panggung. Antaranya ialah termasuk Qayamat Se Qayamat Tak, Lagaan, Rang De Basanti, Fanaa, Ghajini, Talaash dan banyak lagi. Di Malaysia, filem lakonan Aamir yang popular ialah Raja Hindustani, Mann dan Akele Hum Akele Tum bersama aktres cantik Manisha Koirala yang diterbitkan pada 1995.

Sukses hampir 3 Dekad

Disebut Sebagai Aktor Paling Berjaya India, Ini Trivia Menarik Bukti Sukses Aamir Khan!

IKLAN

Untuk rekod, Aamir Khas sudah pun mengabdikan diri dalam dunia perfileman India lebih 25 tahun dan filem terbitannya, Lagaan pernah dicalonkan sebagai lima calon akhir untuk kategori Filem Asing Terbaik di Oscar. Hebat bukan?

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI