Berita

“30 Tahun Jaga Persahabatan…,” – Azza Elite Tak Suka Campuri Urusan Peribadi Kawan Baik, Beri Sokongan Moral & Enggan Tambah Tekanan… Abby Abadi Turut Komen

Share

Pelakon dan penyanyi, Azza Elite mendedahkan dirinya lebih selesa memberikan sokongan moral secara peribadi kepada rakan baiknya, berbanding meluahkan nasihat secara terbuka.

Menurut Azza, setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam memberikan nasihat dan sokongan. Justeru, dia memilih pendekatan yang lebih lembut tanpa mahu menambahkan tekanan kepada individu berkenaan.

“Ada orang bandingkan cara saya dan seorang kawan lagi tentang nasihat. Setiap orang tak sama.

“Saya memilih tidak terang terangan tapi dengan kelembutan dan memberi satu senyuman tanpa memberikan tekanan lagi pada seseorang individu,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan oleh anggota kumpulan Elite itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Jelas Azza lagi, dia tidak mahu membuat sahabat baiknya itu berasa lebih tertekan dengan persoalan atau perbincangan berkaitan isu yang sedang dihadapi. Sebaliknya, dia memilih untuk menjadi ruang yang membuatkan rakannya berasa lebih selesa.

“Tidak pernah saya mencampuri urusan orang kalau berjumpa. Takkan saya tanya atau bahaskan isu semasa. Baik saya bercakap bagaimana nak jadi lebih sukses dan lebih baik.

“Jauh dari isu semasa boleh memberi vibes orang suka keluar dengan kita dan kawan kita lebih selesa,” luahnya lagi.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/minta-maaf-kalau-saya-tak-salam-individu-bergelar-datin-label-azza-elite-artis-tak-semenggah-sendu-ini-reaksi-tuan-badan/

30 Tahun Bersahabat, Faham Cara Terbaik Beri Sokongan

Dalam pada itu, Azza turut menyifatkan selepas berpuluh tahun bersahabat, dia kini lebih arif memahami karakter dan keperluan sahabat baiknya, termasuk mengetahui pendekatan terbaik untuk diberikan ketika berdepan sesuatu masalah.

“30 tahun menjaga persahabatan, kita tahu kita selesa dengan kawan kita. Kita tahu macam mana cara nak tackle kawan kita . Kita tau dia ada kita.

“Boleh bayangkan tak, anda keluar nak kena cakap perkara isu semasa. Boleh gila la kawan kita. Dekat sini kıta cerita, dalam kereta kita nak bercerita. Kıta tak boleh macam tu.

“Biar kawan tu selesa masa jumpa kita. Jangan keluarkan cerita-cerita yang bagi dia ingat tentang masalah dia. Bagi sedikit ruang yang dia lupa masalah masa jumpa kıta dan buat dia gembira dan selesa jumpa kita,” kongsinya lagi.

Sementara itu, sahabat baik Azza yang juga pelakon dan penyanyi, Abby Abadi, turut bersetuju dengan pandangan berkenaan, selain menjelaskan dirinya sememangnya tidak gemar berkongsi hal peribadi kepada rakan-rakan.

Menurut Abby, segala urusan dan masalah yang dihadapi selama ini lebih selesa ditanggung dan diselesaikan sendiri tanpa perlu diceritakan kepada orang lain.

Screenshot

“Ye kan awak. Kita tiada cerita apa-apa pada kawan-kawan kita. Apa urusan pun tanggung dan telan sendiri je selama hari ini. Jumpa kawan-kawan pun sebab ada urusan.

“Tiada cerita rumah tangga ke apa ke. Memang jenis tak suka nak bercerita pun. Kawan-kawan terdekat pun tahu. Semua pun tak campur sebab masing-masing ada masalah sendiri.

“Tiba kawan jauh pulak komen macam serba tahu sangat. Semua dalam poket katanya. Entah apa-apa saja manusia,” kongsinya.

Terdahulu, nama Abby menjadi perhatian susulan kemelut berpanjangan bersama anak-anaknya.

Azza turut meraih pujian kerana sering dilihat berada di sisi Abby untuk memberikan sokongan sebagai sahabat baik.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Azza Elite

Published by
Aizam Manaf