30 Sen Untuk Servis Ikat Tepi?

Share

Tular di media sosial sekarang ini tentang berita sebuah restoran yang dikatakan mengenakan caj sebanyak 30 sen untuk servis ikat tepi air minuman.

Nampaknya sebuah restoran yang terletak di kawasan rehat dan rawat (R&R) ini telah membuat para netizen berang dengan caj yang dikenakan kepada pelanggan.

Melalui gambar resit yang tular itu, tecatit bil seorang pelanggan yang membeli Air Limau Asam Boi dengan harga RM3.50 namun apa yang mengejutkan adalah dia bawah list air tersebut turut tercatit harga untuk servis caj bagi ikat tepi sebanyak 30 sen dan menjadikan jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM3.80.

Menerusi perkongsian gambar ini daripada sebuah akaun Facebook yang dikenali dengan nama Metafora Anafora, rata-rata pengikutnya telah memberikan komen yang kurang setuju dengan servis caj yang dikenakan oleh restoran ini.

Ain Suraya: Amboi.. Ikat pun ada caj.

Soo Hey Mie: dia ikat guna tali pancing ker

Eddie Yamaguchi: Nasib baik hrg ikat tepi x dikenakan GST

Abdul Malek Ismail:

Mau ambik tali..ikat kpala toke dia.

Yatie Bakar: Lain…kali bawa .botoi sendiri..hahaha..lawak

Walaupun hanya 30 sen dikenakan untuk servis ini namun bagi netizen caj ini sepatutnya tidak dikenakan kepada pelanggan oleh restoran tersebut.

Sumber: Facebook Metafora Anafora

IKLAN