Pelakon, Ika Nabella akui penggunaan media sosial mempunyai kebaikan begitu juga sebaliknya.
Malah, setiap posting yang dikongsikan adalah untuk mengabadikan memori dan mahu berkongsi gambar bersama peminat.
“Semoga yg paling baik utk kita semua.. Fizikal, mental & paling penting hati yg baik.. Semalam sebelum tidur, I terfikir.. Sepanjang I kt socmed ni,
“Ada ke aku ni tersakit kan hati orang? Tanpa sengaja tersinggungkan perasaan sesiapa..Mcm mana aku nk minta maaf kalau aku tak tahu atau tak sedar? I tanya husband I.
“Dia suruh I minta maaf secara terbuka but before minta maaf, I kena maafkan orang yg buat I tersinggung dulu. Bukan susah pun. Hmmmm betul jugak. So pagi ni,” tulisnya.
Dalam masa sama, ibu beranak satu itu juga memohon maaf sekiranya posting yang dikongsikan membuatkan sesetengah pihak tidak selesa.
“Ika nak memohon sepuluh jari minta ampun & maaf andai sebarang posting Ika selama ini buat any of you feel insecured, offended, annoyed or anything negative towards me & my family. Tiada niat melainkan cuma berkongsi buah fikiran. Ika pun maafkan korang jugak ok? YES 3 or 4 of you ada buat Ika rasa hmm tak best. Like.. “Why you stalk but never like my posts.
“Kenapa dekat DM you friendly kt comment mcm tak kenal” “Why are you copying my idea, A-Z !” 😅 “Am I benefited enough?” 😬 Sometimes I even asked my self.
“Am I really makin friends on social media? bersilaturahim hingga ke real life or kt socmed je kenalan, luar tak. Confused but it’s ok. Its not important pun how I feel! Sekarang 0-0 ok? May Allah clean our hearts,” tulisnya.
Kakak kepada Emma Maembong iaitu Beby Maembong berkongsi berita gembira apabila dia kini hamil anak kelima yang sudah mencecah usia enam bulan.
Menurut pemilik nama penuh Nurulaini Ismail, berat badannya kini mencecah 72kg, namun tidak terlalu tertumpu pada badannya, sebaliknya lebih fokus pada kesihatan kandungannya.
“I ni jenis enjoy my pregnancy.. makan je no DIET. Dalam pantang nti kita pasang body balikkk.. kejap je nakLerntiq balik dgn @lerntiq_hq. Sebab tu tiap kali pregnant mesti kembang.
“Time pregnant ni xpayah stresskan diri diet2 bagai.. bedal jewww sbb 44hari shj dah Lerntiq balik.
“Xpercaya bulan 9 tgok progress beby. Ntah2 time tu dah 80kg,” kongsinya.
Dalam pada itu, Beby,31, mendedahkan berat badannya pernah mencecah 86kg saat hamil anak sebelum ini.
“Sbb masa mengandung ank sebelum ni berat sy cecah 86kg.
“Bagi wanita yang masa mengandung jaga body, jaga makan and berat tak naik mendadak tu, senang la ckp sekejap kurus.. Tapi kalau yg jenis mcm i ni?.
“Naik sampai 32kilo ingat senang ke nak kurus balik? Sebab tu lah ramai yang gemok lepas bersalin… Salah guna produk mmg kirim salam lah nak kurus,” tulisnya.
Tidak terlalu bimbang mengenai berat badannya kini, Beby yakin bahawa bentuk badan ideal kembali selepas 44 hari berpantang.
“Beby xkesah gemok sekarang.. sbb beby tau 44hari boleh jadi hot mama balik,” selorohnya.
Bakal melahirkan anak sulung tidak lama lagi, pengacara Dayah Bakar bersyukur atas nikmat yang diberiNya.
Meminati sukan seperti badminton dan boxing, pemilik nama penuh Nur Hidayah Abu Bakar mendedahkan bahawa ketika itu, dia mengetahui dirinya hamil buat pertama kali.
“Sesekali menghirup udara segar , ahhh nyaman sekal. Siapa yang follow Dayah , mmg tau Dayah jenis yang active, selalu pergi boxing, piloxing, zumba, badminton and apa2 yang boleh kasi peluh .
“Fakta : Dayah pernah 3 hari straight pergi boxing, and tak sedar waktu tu dah pregnant.
“Alhamdulillah takda apa2 . Doc kata mungkin badan Dayah dah terbiasa waktu tu,” tulisnya.
Mahu berhenti seketika melakukan aktiviti sedemikian, pengacara Borak Kopitiam itu hanya melakukan aktiviti ringan seperti yoga.
“Jadi sekarang , Dayah take a break sekejap . Just buat basic stretching atas yoga mat je . Instructor pun ikut Youtube and monitored by my Tchanif.
“What do you guys think ? Bagi Dayah, bagus untuk pregnant woman to take a fresh air and brisk walking.
“Tapi kan ….. Semalam kan waktu pergi taman , baru sampai je terus cakap “ Sedapnya kalau dapat Ice Cream Roti “ . Sengkuang calit takda jual ke ? ,” kongsinya.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.