Pagi tadi seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih tentang kebakaran sebuah pusat tahfiz yang telah meragut nyawa lebih 20 orang pelajar dan dua orang warden.

Difahamkan tiga orang daripada pelajar yang turut terkorban adalah Muhammad Syafiq Haikal, Muhammad Hafiz Iskandar dan Muhammad Haris Ikhwan. Mereka bertiga ini merupakan anak saudara kepada bekas pelakon wanita, Mas Anizan yang popular di era 90an.

Berita ini dikongsi sendiri oleh Mas Anizan menerusi Insta Storynya. Dia telah memuat naik semula perkongsian anaknya iaitu Mas Aliza yang turut meluahkan rasa sedih di atas pemergian tiga anak syurga ini.

“Al Fatihah to my 3 nephews, Muhammad Syafiq Haikal, Muhammad Hafiz Iskandar, Muhammad Harris Ikhwan. Mummy loves u soo much,” tulisnya.

3 Anak Saudara Bekas Pelakon Antara Mangsa Tragedi Pusat Tahfiz

Menerusi perkongsian Aliza pula, turut kelihatan dua orang rakan artis yang menyedekahkan Al Fatihah buat anak-anak syurga ini iaitu Abby Abadi dan Rebecca Nur Al Islam.

IKLAN

abby_abadi112: Alfatihah buat mereka ?

rebeccanuralislamahmad: Al fatihah ??

3 Anak Saudara Bekas Pelakon Antara Mangsa Tragedi Pusat Tahfiz

IKLAN

Terdahulu, menurut laporan Sinar harian, besar kemungkinan perkara ini terjadi disebabkan oleh litar pintas dan ubat nyamuk. Sungguhpun begitu, pihak berkuasa masih lagi menyiasat punca utama dan mungkin mengambil masa dalam dua hingga tiga hari.

Kesedihan ini turut dirasai oleh kalangan selebriti dan Perdana Menteri Malaysia sendiri.

IKLAN

Datuk Seri Najib Razak telah meluahkan rasa sedihnya di akaun Twitter miliknya.

“Innalillah. Amat sedih baca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar dan korban lebih 20 nyawa. Moga roh dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah,” tulisnya.

3 Anak Saudara Bekas Pelakon Antara Mangsa Tragedi Pusat Tahfiz

Kami di MH Online juga turut bersedih dengan tragedi kebakaran ini dan semoga kesemua roh yang terkorban tenang di sana disamping penciptaNYA.

Sumber: Instagram Mas Anizan, Mas Aliza & Twitter Datuk Seri Najib Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI