Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni mengakui berasa amat bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Kolej Universiti Poly-Tech MARA, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Haziq, kejayaannya itu sebenarnya banyak didorang oleh isteri tercinta, Ayunda Putri yang sentiasa ada bersamanya di kala senang atau susah.

“2014 Kita Study Degree & Konvo Sama-Sama…,” – Tamat Master, Haziq Hussni Dedikasikan Kejayaan Buat Isteri

Katanya lagi, dia juga berasa amat gembira kerana sekali dapat berkongsi momen tersebut bersama isterinya selepas kali terakhir mereka menghadiri majlis konvokesyen bersama sewaktu melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda pada tahun 2014.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hussni)

“2014 kita study degree and konvo sama-sama. 2021 I je study and konvo master tapi tetap sama-sama.

“Thank you for being there thru thick n thin, fat n slim with me,” tulisnya.

IKLAN

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Hot FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“2014 Kita Study Degree & Konvo Sama-Sama…,” – Tamat Master, Haziq Hussni Dedikasikan Kejayaan Buat Isteri “2014 Kita Study Degree & Konvo Sama-Sama…,” – Tamat Master, Haziq Hussni Dedikasikan Kejayaan Buat Isteri

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga Haziq akan lebih sukses lagi selepas ini.

“Big Congratulations dan semoga #haziqputri kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Aamiin.

IKLAN

“Congrats bang haziq. Idola saya ni.

“Congratulations.. Haziq still nmpk jambu dulu dan kini.

“2014 dan 2021 kau tiada beza. Syabasss anak muda. Ini yg kita mahu,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

IKLAN

“2014 Kita Study Degree & Konvo Sama-Sama…,” – Tamat Master, Haziq Hussni Dedikasikan Kejayaan Buat Isteri “2014 Kita Study Degree & Konvo Sama-Sama…,” – Tamat Master, Haziq Hussni Dedikasikan Kejayaan Buat Isteri

Terdahulu, Haziq mendirikan rumah tangga bersama isteri, Putri Ayunda pada tanggal 15 Julai 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Haziq Hussni

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI