Penyanyi, Ernie Zakri enggan lagi meratapi segala jerih perih dan kepayahan yang terpaksa dilaluinya sewaktu diawal kemunculannya didalam industri seni tanah air.
Menurut Ernie, kejayaan menerbitkan album kedua yang berjudul ‘Aura’ terhasil daripada kematangan dan semangat juang untuk terus meletakkan namanya sebaris penyanyi-penyanyi hebat di negara ini.
“Saya mulakan kerjaya pada tahun 2009 dan album pertama saya dihasilkan pada 2011. Sepanjang 13 tahun itu, amat sukar untuk menjadi seorang Ernie Zakri. Sakit perihnya ada.
“Saya bukan nak meratapi nasib cuma saya gunakan semua emosi itu untuk dibawa di dalam album ini. Saya pernah menagih agar diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada MH.
Isteri kepada penyanyi, Syamel itu berkata sedemikian ketika ditemui di sesi pradengar album Aura bersama pihak media yang berlangsung di Maveriq Studio, Petaling Jaya pada Selasa.
Ads
Jelas ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, dia juga pernah terdetik untuk berhenti menyanyi selapas segala usaha untuk terus kekal berada di dalam industri seni seakan gagal.
“Saya pernah berada di satu titik terendah di dalam hidup di mana saya nekad untuk berhenti menyanyi. Itu adalah keputusan yang sangat muktamad. Kalau boleh, saya tak mahu lagi berada di atas pentas.
“Ketika itu, saya sudah berada di dalam industri hampir lapan tahun dan sudah pun menghasilkan hampir 20 buah lagu. Namun, orang ramai masih belum menerima saya lagi.
“Diri saya dipenuhi dengan perasaan marah dan tidak boleh menerima keadaan tersebut. Saya jadi hilang percaya selain menyifatkan diri sendiri tidak cukup bagus dan tak layak nak berada di dalam industri,” ujarnya lagi.
Ads
Bagaimanapun, Ernie tetap bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sentiasa memberikan sokongan dan percaya dengan bakat yang dimilikinya.
“Saya bersyukur sangat pada ketika itu saya mempunyai ibu saya yang sentiasa memberikan semangat dan meninta saya untuk tidak berhenti menyanyi.
Ads
“Dia mahu saya terus mengejar impian dan minat saya. Pada akhirnya nanti, segalanya merupakan soal rezeki.
“Bila teringat balik perkara tersebut, saya gembira kerana mendengar cakap ibu. Kalau tidak, mungkin saya tidak akan berada di sini bersama kalian,” katanya lagi.
Terdahalu, album Aura ini memuatkan 10 buah lagu baru seperti Masing-Masing, Terima Seadanya dan Jangan Hilang Percaya.
Album ini dijadualkan bakal dilancarkan sepenuhnya pada bulan November.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada bintang cilik, Amir Sisi dan jurulatihnya Putera Muhammad yang telah diumumkan sebagai juara ‘The Chosen One’ musim pertama sekaligus melakar sejarah sebagai anak Orang Asli pertama yang menjuarai pertandingan nyanyian televisyen kanak-kanak di Malaysia!
Dengan kemenangan ini, Amir membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000, sebuah trofi berserta sebuah lagu single daripada Rocketfuel Entertainment.
Manakala, Putera Muhammad selaku Jurulatih Terbaik membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
Amir Sisi, Orang Asli suku kaum Temiar berusia 12 tahun yang berasal dari Pos Kemar, Gerik, Perak, berjaya menewaskan tiga lagi peserta lain yang bersaing di peringkat akhir iaitu Khalyn, 17 tahun, Erika Foo, 17 tahun dan Raja Dayana Umayma, 13 tahun.
Masing-masing merupakan anak-anak didik kepada Hazama, Kmy Kmo dan Luca Sicta serta Shiha Zikir.
Naib juara Khalyn meraih wang tunai RM20,000 manakala tempat ketiga, Dayana dan tempat keempat diberikan kepada Erika.
Sementara itu, warganet rata-rata memberikan reaksi positif atas kemenang Amir Sisi dan kebanyakannya juga tumpang sebak saat melihat ahli keluarga kanak-kanak berkenaan yang sebak gembira sejurus keputusan diumumkan.
“Tahniah Amir, family & cikgu-cikgu yang support perjuangan Amir.”
“Tahniah Amir… rezeki Amir dan keluarga.”
“Congratulations adik amir chomel. semoga lebih menyinar selepas ini.”
“Deserved it.”
Sebelum ini, suara serta personaliti Amir menyentuh hati ramai rakyat Malaysia sehingga menjadi viral, misalnya menerusi video di TikTok dengan jumlah tontonan sebanyak 150 juta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti versatil Elly Mazlein memberikan dedikasinya terhadap rakan artis, Azharina Azhar yang kini sedang bersaing menerusi program realiti, All Stars Gegar Vaganza (ASGV).
Menurut Elly yang mesra disapa Kak Lina, Azharina pada pandangannya dilihat sebagai penyanyi yang tekun selain komited dalam berkerja.
“Dia yang bernama Azharina. Setiap kerjanya dia akan pastikan buat yang terpaling baik. Sentiasa fokus dalam bekerja.
“Sentiasa positif, maaf sentiasa di bibirnya. Semangat terus wahai sahabat,” titip Elly menerusi perkongsian terkini di Instagram.
Elly yang juga hos program sama turut memberikan sokongan buat penyanyi lagu Seandainya itu.
“Saya dan penyokongmu sentiasa bersamamu. Love you juara GV3. Jom kesayangan kak Lina kita bagi kata semangat untuk Nina,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Azharina yang menyampaikan lagu Sayang Di Sayang di saingan minggu ketiga ASGV malam tadi menerima reaksi pelbagai.
Azharina menerusi sidang media menitiskan air mata susulan tidak berjaya memberikan persembahan terbaik buat barisan gurunya yang banyak memberikan tunjuk ajar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kesemua bintang yang bersaing di All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada minggu ketiga konsert boleh menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran dilakukan di penghujung segmen.
Ia sekali gus menyelamatkan Ayai Illusi yang berada di kedudukan paling corot minggu ini dengan perolehan markah sebanyak 51.75%.
Dua bintang lain yang turut berada di ‘bottom three’ kali ini ialah Zamani dan Datuk Aishah, masing-masing dengan 53.75% dan 57.25%.
Sementara itu, Jaclyn Victor unggul meraih markah tertinggi iaitu 76.00% diikuti Liza Hanim 74.75% dan Naqiu dengan 74.50%.
Dalam pada itu, empat peserta lain memperolehi markah yang sama iaitu Noryn dan Aliff Aziz (66.00%) serta Ezad Lazim dan Azharina (58.00%).
Dibariskan senarai lengkap ranking markah yang diterima daripada semua bintang bertanding;
ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula ialah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang di samping Datuk Syafinaz Selamat dan ia bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...