“20.12.20 Tarikh Pernikahan Anak Kedua Kami,” – Anak Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi Selamat Bergelar Suami Pada Usia 23 Tahun

Share

Tahniah diucapkan buat anak pelakon Fauzi Nawawi yang juga penyanyi, Fareez Fauzi yang telah pun selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nurwathiqah Abdul Wahab pada Ahad.

Majlis pernikahan yang dianjurkan secara tertutup itu dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan di Sri Menanti, Seremban, Negeri Sembilan.

Menerusi Instagram, ibu tiri kepada Fareez, aktres Lisdawati berkongsi berita gembira itu bersama peminat.

“Syukur Alhamdulillah, dgn izin dan takdir Allah swt.

Hari ni 20.12.20 tarikh pernikahan anak kedua kami @iamfareezfauzi dan pasangan @tyqawahab.

“Acara tertutup antara keluarga berlangsung di Sri Menanti, Seremban NS.

“Mama dan babah Doakan semoga ikatan yg terbina kekal hingga ke jannah,” tulisnya pada ruangan kapsyen yang turut disertakan dengan beberapa lampiran foto sepanjang majlis.

Meninjau ke ruangan komen, para pengikutnya turut menitipkan ucapan tahniah buat pasangan raja sehari itu.

Terdahulu, Fareez atau nama sebenarnya, Muhammad Fareez Hazwan turut menceburkan diri dalam dunia seni selepas muncul juara di dalam program Mentor Milenia beberapa tahun lalu.

Foto: Instagram Lisdawati

IKLAN