“2 Tahun Abah Pergi Umrah Dan Tak Balik-Balik,” – Iesya Toh Luah Rindu, Mahu Hadiahkan Jubah Peninggalan Buat Anak

Share

Februari yang bakal tiba rupa-rupanya sudah genap dua tahun arwah bapanya pergi mengadap Yang Maha Esa.

Pengacara Iesya Toh menerusi laman Instagram meluahkan kerinduan paling mendalam buat arwah bapanya.

Luahnya, sudah genap dua tahun si bapa pergi menunaikan ibadah umrah dan tidak pulang sejak daripada itu.

Pengacara ini turut menyatakan hajat untuk menghadiahkan jubah arwah bapa buat anaknya kelak.

“Assalamualaikum ABAH ♥️❤♥️❤

“Rindu! Rindu! Rindu! Al-Fatihah, Bulan Feb ni genap 2tahun ABAH pergi umrah n x balik2.

“Jubah ABAH nor nak bagi harraz pakai nti, biar die jaga tingkah laku bila tau tok ABAH die ada di Jannatul Baqi.

“See u soon ABAH, Al-Fatihah,” jelasnya.

Gambar

Sekadar imbasan, bapa pengacara RTM ini, Sanny Toh bin Abdullah, 65, dilaporkan telah meninggal dunia di Madinah selepas rebah dalam perjalanan menuju ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, pada 8 Februari 2018.

Foto : Instagram Iesya Toh

IKLAN