“1st Time Goreng Ayam Semenjak 3 Tahun Kahwin!,”- Yatt Hamzah Dedah Perangai Sebenar Di Dapur, Biar Betul?

Share

Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah telah ‘membongkar’ rahsianya apabila dia sudah lama tidak menggoreng ayam meski sudah tiga tahun berkahwin dengan Muhammad Zulfadli pada Februari 2016.

Menerusi Instagram miliknya, dia berkongsi pelbagai jenis lauk yang cukup menyelerakan.

“1st time goreng ayam semenjak 3 tahun kahwin! Percaya tak? Ya kan Syg @zul.autkaz betul kan? Kenapa 1st time? Sbb selama ni Grill je semua lauk, x suka goreng, kan grill lebih sihat, lebih enak.. 

“Tapi semalam Bonda kena rasuk! Tak jumpa daun pudina kat pasar, so x jadi grill. Maka terhasillah idea ayam goreng acah2 #KFC masak lemak cili api ayam, sayur baby kobis (x ingat nama) with shitake mushroom, pulut kukus with bubur serawa durian as dessert. Haaa, kan dah kata Bonda kena rasuk, sampai semua menu bersantan dan bergoreng! Mmg ini jarang berlaku..

“Semua ni gara2 dah habis idea nak masak apa. Padahal nak sediakan menu special utk suami tercinta yg baru balik dr Istanbul. Maka terciptalah MENU TERLEBIH SIHAT ni. Takpe ya suami, sekali sekala kita bersantan.. Lain kali xde dah.. Back to GRILL & KUKUS,” tulis Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah.

Lalu, netizen terliur melihat aneka lauk yang disediakan ibu kepada tiga orang anak itu.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan instagram Yatt, pastinya tidak jemu melihat pelbagai juadah yang disediakan oleh pelakon itu.

Foto : Instagram Yatt Hamzah

IKLAN