19 Tahun Kahwin, Ellie Suriaty, Azri Iskandar Sah Bercerai

Share

Selepas 19 tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar disahkan bercerai dengan suaminya, Azri Iskandar dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada pagi Selasa.

Memetik laporan Getaran, Ellie berkata perceraian itu terjadi kerana mereka sudah tidak serasi untuk meneruskan kehidupan bersama.

Ellie, 52, terlebih dahulu memfailkan permohonan cerai terhadap Azri, 54, sebelum bulan Ramadan tahun ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri.

“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya. Ini keputusan yang sukar tapi saya sudah fikirkan semasak-masaknya. Jodoh kami sampai sini sahaja.

“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya,” katanya.

Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13 tahun.

Ellie yang bakal muncul dengan filem Telaga Suriram berharap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat mereka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan.

IKLAN