Segala spekulasi mengenai gambar penyanyi, Daiyan Trisha mengenakan gaun putih yang dimuat naik di media sosial beberapa hari lalu akhirnya terjawab.

Gambar yang disertakan dengan kapsyen ’19/8/2018′ nyata mengejutkan ramai pihak yang menganggap Daiyan akan melansungkan perkahwinannya pada tarikh tersebut tetapi sebaliknya hanyalah gimik untuk ‘single’ terbarunya bertajuk ‘Langit’.

Lantaran itu, Daiyan telah memuat naik satu kenyataan di Twitter untuk menerangkan situasi tersebut.

19/8/2018 Bukan Tarikh Daiyan Trisha Berkahwin, Tetapi Hakikatnya…

IKLAN

Tambah Daiyan, dia berasa pelik dan terkejut dengan respon yang diterimanya serta menjelaskan dia langsung tiada perancangan untuk melansungkan pertunangan mahu pun perkahwinan dalam masa terdekat.

19/8/2018 Bukan Tarikh Daiyan Trisha Berkahwin, Tetapi Hakikatnya…

19/8/2018 Bukan Tarikh Daiyan Trisha Berkahwin, Tetapi Hakikatnya…

IKLAN

Daiyan turut mengakui berita tersebut telah mengelirukan banyak pihak terutamanya keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai.

Jelas Daiyan, dia amat berharap agar suatu hari nanti dia berpeluang untuk melansungkan perkahwinannya tetapi walau bagaimanapun sehingga kini Daiyan masih belum menjumpai lelaki yang benar-benar sudah menambat hatinya itu.

IKLAN

Apa-apa pun MH doakan agar Daiyan cepat-cepat dikurniakan jodoh kerana ramai peminat sudah tidak sabar lagi untuk menantikan hari bahagia penyanyi kesayangan mereka itu.

Good luck untuk single terbaru Daiyan berjudul ‘Langit’

Foto: Twitter Daiyan Trisha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI