Berita mengenai penangguhan tayangan filem epik, Padmaavat dan kematian mengejut Sridevi memberi impak tersendiri buat dunia perfileman India. Jadi MH cuba throwback kembali 10 fakta menarik mengenai salah sebuah filem paling dingati dalam sejarah filem Bollywood, Devdas. Filem arahan pengarah prolifik, Sanjay Leela Bhansali ini disifatkan sebagai antara filem paling berjaya yang diarahkannya.

Jom ikuti apa lagi 10 trivia menarik mengenai filem lakonan superstar, Shah Rukh Khan, Aishwarya Rai dan Madhuri Dixit ini.

Versi Pertama Dalam Warna

16 Tahun Lalu, Devdas Pernah Jadi Fenomena Dunia & Kami Senaraikan 10 Fakta Mengenai Filem Blokbuster Ini

Devdas yang mengetengahkan kisah cinta dua darjat ini diadaptasi menerusi novel berjudul sama hasilan Sharat Chandra Chattopadhyay pada tahun 1917. Setakat ini, sudah tiga versi ia diangkat menjadi nakshah filem dan Devdas yang diterbitkan pada tahun 2002 ini menjadi versi pertama dalam filem berwarna.

Pelakon Asal

16 Tahun Lalu, Devdas Pernah Jadi Fenomena Dunia & Kami Senaraikan 10 Fakta Mengenai Filem Blokbuster Ini

Difahamkan, watak Shah Rukh Khan yang mendukung watak sebagai Devdas Mukherji pada awalnya ditawarkan kepada Salman. Bagaimanapun, aktor kacak itu menolak tawaran berkenaan kerana dikatakan enggan berlakon dengan bekas teman wanitanya, Aishwarya Rai. Sementara watak Jackie Shroff pula turut ditawarkan kepada Saif Ali Khan dan pelakon senior, Govinda.

Madhuri Hamil?

16 Tahun Lalu, Devdas Pernah Jadi Fenomena Dunia & Kami Senaraikan 10 Fakta Mengenai Filem Blokbuster Ini

IKLAN

Khabar angin mengatakan pelakon utamanya, Madhuri Dixit dikatakan sedang mengandung anak pertamanya pada ketika itu. Namun ternyata, ia merupakan khabar angin semata apabila aktres tersebut menafikan berita berkenaan.

Telinga Aishu Berdarah

16 Tahun Lalu, Devdas Pernah Jadi Fenomena Dunia & Kami Senaraikan 10 Fakta Mengenai Filem Blokbuster Ini

Menerusi adegan untuk lagu ikonik, Dola re Dola, telinga Aishwarya dikatakan berdarah kerana anting-anting yang dikenakannya terlalu berat. Namun kerana dedikasi terhadap kerjanya, pelakon itu tidak memberitahu pihak produksi sehinggalah babak tersebut selesai dirakam. Kelas!

Filem Kelima

Devdas merupakan filem kelima arahan Sanjay Leela dan antara kejayaan yang diraih menerusi filem tersebut ialah diangkat sebagai filem termahal pada ketika itu, meraih pungutan tertinggi ketika diera tayangan serta turut tercalon di dalam Anugerah Bafta untuk kategori Filem Asing Terbaik. MTV Asia turut mengiktiraf filem ini sebagai MTV Asian Film Award 2003.

IKLAN

Babak Ikonik

16 Tahun Lalu, Devdas Pernah Jadi Fenomena Dunia & Kami Senaraikan 10 Fakta Mengenai Filem Blokbuster Ini

Pencinta filem India turut meletakkan persembahan Madhuri Dixit menerusi lagu Mar Daala sebagai antara babak ikonik sepanjang penglibatannya dalam lakonan dan persembahan bersama Aishwarya Rai untuk lagu Dola re Dola pasti akan diingati sampai bila-bila! Pada masa sama, babak mereka berdua turut dibandingkan dengan sebuah lagi lagu yang menampilkan duaaktres terkenal Bollywood, Pinga yang mengangingkan Deepika Padukone dan Priyanka Chopra.

Sari Seberat 30kg!

Meski agak sukar untuk menari kerana pakaian yang dipakai sebear 30 kilogram, namun Madhuri tetap profesional dan menghabiskan penggambaran untuk lagu Kahe Chedd Mohe. Sementara pereka Neeta Lilla mereka Anarkali untuk Maar Dala buat Madhuri Dixit yang dikatakan mempunyai berat mencecah 15  kilogram.

Tiada Rezeki di Oscar

IKLAN

Meski mendapat pencalonan akhir di Anugerah Bafta, namun filem ini gagal terpilih sebagai lima barisan akhir menerusi kategori Filem Asing Terbaik di Oscar. Namun Devdas berjaya disenarai pendek.

Hanya Untuk Madhuri

16 Tahun Lalu, Devdas Pernah Jadi Fenomena Dunia & Kami Senaraikan 10 Fakta Mengenai Filem Blokbuster Ini

Pereka tari untuk lagu Kaahe Chedd Mohe, Birju Maharaj mengakui gerak langkah yang yang direkanya hanya dikhususkan buat Madhuri!

Filem Istimewa

16 Tahun Lalu, Devdas Pernah Jadi Fenomena Dunia & Kami Senaraikan 10 Fakta Mengenai Filem Blokbuster Ini

Menerusi sebuah temu bual, Aishwarya Rai pernah memberitahu wataknya sebagai Paro dalam Devdas merupakan watak yang paling digemarinya setakat ini!

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI