“15 Minit Dapat Balik, Hacker Tu Rampas Semula…,” – Cepat Bertindak, Zarul Husin Dedah Instagram Hampir Kena Godam Individu Di Turki

Share

Penyanyi Zarul Husin, berkongsi cerita apabila memaklumkan akaun Instagram miliknya hampir sahaja menjadi mangsa godam individu tidak bertanggungjawab yang dipercayai berpengkalan di Turki.

Menurut Zarul, dia terpaksa berhempas pulas untuk melindungi akaunnya itu meskipun sedang sibuk menjalani sesi pengambaran pada ketika itu.

Bagaimanapun, vokalis Umbrella itu turut mendedahkan dia berjaya mendapatkan kembali akaunnya itu lalu segera mengambil langkah berjaga-jaga dengan menukar segala maklumat penting mengenai akaun berkenaan.

 “Dua hari lepas IG saya hampir-hampir di hacked oleh hacker dari Turkey ni. Berhempas pulas saya cuba ambik balik despite busy dengan shooting.

“Selepas 15 minit dapat balik hacker tu rampas balik dr saya. Lepastu saya ambik balik then cepat-cepat tukar password tukar emel buat two factor authentication etc,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Zarul mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati jika ada menerima sebarang pautan daripada mana-mana individu-individu yang tidak dikenali terutamanya di ruangan direct message.

“So far Alhamdulillah tiada lagi cubaan seterusnya dari hacker tu. So be careful dengan apa sahaja link yg dihantar ke IG atau phone yang bagi 6 digit code especially dr 66998,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa lega selain ada yang berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi sama.

Terhadulu, akaun Instagram milik Zarul memiliki jumlah pengikut seramai lebih 400,000 orang.

Selain di Instagram, Zarul juga dilihat aktif di laman Youtube dengan menghasilkan pelbagai kandungan meranik mengenai kerjaya-kerjaya di awan biru.

Sumber: Instagram Zarul Husin

IKLAN