Terdahulu, Idzham dan Bella yang juga merupakan pramugari diijabkabul pada Ogos 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Sofea Inara, 3 tahun.
Foto : Instagram Idzham Ismail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro ada menitipkan dedikasi istimewa sempena sambutan hari guru buat isterinya, Afifah Amin yang juga merupakan warga pendidik.
Menurut Ajak, meskipun dia merupakan seorang ketua keluarga tetapi isterinya itu jugalah yang banyak memberikannya tunjuk ajar dalam pelbagai perkara.
“Walaupun saya adalah ketua, tapi dia banyak mengajar saya.
“Mengajar saya tentang berjimat, mengajar saya untuk gigih bekerja, mengajar saya cara menegur anak2, mengajar saya urus waktu solat dengan elok.
“Mengajar saya untuk terus bediri ketika saya jatuh, mengajar saya erti hidup sebagai seorang suami.” tulisnya.
Dalam pada itu, Ajak turut berterima kasihkepada isterinya itu kerana sentiasa memberikan sokongan dan tidak pernah jemu dalam mendidik anak-anak meski penat seharian berada di sekolah.
“Tanpa kamu mana mungkin saya belajar semua ini.
“Paling penting,terima kasih kerana kamu mengajar anak-anak kita, walaupun letih selepas pulang mengajar anak-anak murid kamu.
“Selamat Hari Guru pada isteri saya yang sangat saya syintai. Semoga kamu terus gigih mencurah ilmu kepada anak bangsa.
“Malam ni ada kelas ke Cikgu Pipah?,” selorohnya.
Ucapkan tersebut dikongskan oleh penyampai radio Suria itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut sama memberikan dedikasi hari guru selain turut mendoakan kesejahteraan buat pasangan tersebut.
Terdahulu, Ajak dan Afifah Amin mindirikan rumah tangga pada tanggal 6 Jun 2009 dan kini telah dikurniakan tiga cahaya mata.
sumber: Instagram Ajak Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Artis versatil, Elly Mazlein atau lebih sinonim dengan panggilan Kak Lina Pom Pom ada berkongsi foto di akaun Instagram miliknya.
Kak Lina yang sebelum ini diundang sebagai rakan hos bersama Nabil Ahmad dalam rancangan MeleTOP, pada Selasa lalu tampal anggun mengenakan persalinan kurung moden.
“Alhamdulillah selesai tugasan @meletop bersama @nabilzira A. W. E. S. O. M. E .. Tq team @MELETOP @nabilzira Tq juga buat @azuredzua sudi sediakn baju letopan utk kakak lina mlm ni.
“Baju mmg LOVETQ juge buat my gorgeous @farahadibahismail byk mmbantu.. Love u @farahadibahismail & Amber Earring dari @ida_hanicomb yg x penah mngecewakn kakak lina.. Tq @ida_hanicomb,” tulisnya.
Malah, susuk fizikal bintang itu yang kelihatan sedikit berisi secara tak langsung juga membuatkan ada netizen yang mulai membuat telahan, membayangkan si tuan badan kini sedang hamil.
Lalu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menjelaskan perutnya kelihatan bunci akibat makan berlebihan.
“Tq smua buat kesayangan sudi to ton kami td.. Pewot moncet akibat mkn byk sedap namateyyyyyyyyy food dari @mastarcatering.official nasi daging Salai Masak Lemak, lamb BBQ, kuih dan sahabat handai memacam beria.
“Buat tersyg .. tq Somi sudi teman adik keja rini .. adeeeee.. adikkk .. love u somi #nasiblakilawooo,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Kak Lina sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Puteri Sara Sefhia, 3 tahun.
Namun, pasangan ini telah bercerai pada 15 Oktober 2015.
Kini, Kak Lina atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan pada 18 Januari lalu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan sambutan Syawal, pelakon Ashraf Muslim ada berkongsi momen rayanya bersama keluarga tercinta.
Selain mengabadikan momen famili, bintang ini turut memberikan menitip dedikasi teristimewa buat anak-anak serta dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Perkara itu dikongsi Ashraf menerusi salah satu entri di Instagram buat tatapan umum.
Jelasnya, setiap kali tibanya raya, ia pasti akan ‘membawa’ cerita yang berbeza.
“Setiap kali raya memang ditunggu-tunggu sbb setiap tahun akan membawa cerita yg berbeza-beza.
“Alhamdulillah dalam keadaan pkp AM sangat bangga dan sangat berterima kasih kepada mama ibu kerana bertungkus lumus bersama-sama meraikan Hari Raya kali ini dgn bahagianya.
“Malam raya dah sibuk masak, Pagi-pagi raya makan rendang ayam dan kuah kacang yg sedap sgt sampai kami anak beranak dah malas nak keluar.. heheh boleh buat berniagalah lepas ni heheh.. sampai solat raya pun kul10.30 pagi,” tulisnya.
Pada masa sama, Ashraf turut memohon doa yang terbaik dariNya buat insan-insan tersayang dalam hidup.
“Anak-anak pulak happy sgt sampaikan terpaksa berperang ngn anak-nak dulu utk siapkan dierg.. tapi itulah moment yg indah semasa mereka kecil nih.
“Ya Allah terima kasih kerana memberi pinjaman kekasih-kekasih hati AM yang sentiasa bersama-sama dgn AM selama ini.
“Ya Allah tenangkanlah hati mereka dan bahagiakanlah mereka bersamaku dan tingkatkan darjat isteri-isteriku ini dimatamu ya Allah, amin. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin,” titip Ashraf lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut mendoakan yang terbaik selain mengucapkan salam Aidilfitri buat Ashraf sekeluarga.
Terdahulu, Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 dan kemudiannya berkahwin dengan dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013.
Ashraf turut dikurniakan empat cahaya mata menerusi dua perkahwinan berkenaan.
Foto: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ada yang mengecam kerana kerap menggunakan perkataan ‘aku kau’ ketika ke udara, pengacara dan penyampai radio, Elly Arifin menerima segala teguran dengan berlapang dada dan hati yang terbuka.