Jalinan kerjasama di antara syarikat produksi, Zebra Studio Sdn. Bhd dan Tremendous Entertainment menyaksikan satu sisi positif buat industri perfileman tempatan.

Ini kerana, dua syarikat ini telah menandatangani perjanjian usaha sama multi-filem dengan komitmen untuk menghasilkan bersama 12 filem dalam tempoh 24 bulan akan datang.

Menurut Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim, usaha tersebut setidak-tidaknya mampu mengembalikan kerancakan industri perfileman lokal yang terkesan susulan pandemik COVID-19.

“Tremendous Entertainment adalah syarikat terkemuka dalam penghasilan konten hiburan di kedua-dua ruang Pentas dan Media. Dengan kekurangan kandungan hiburan secara langsung dalam keadaan pandemik, kami mengambil kesempatan ini untuk fokus kepada industri media kami dalam 18 bulan ini.

“Penghasilan filem-filem dengan kerjasama bersama Zebra Studio ini adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami untuk memanfaatkan bakat dan infrastruktur yang lebih mantap di Malaysia bagi menghasilkan filem bertaraf antarabangsa,” jelasnya.

Beliau berkata, perjanjian yang dibuat itu menuju kepada visi mereka untuk memperluaskan Tremendous ke arah pendigitalan ketika beralih dari pameran acara ‘stage play’ untuk menghasilkan kandungan media digital dan sekarang ke filem.

IKLAN

“Kami teruja dapat bekerjasama dengan CL Hor dan Sara Nattaya Azmi dari Zebra untuk menghasilkan dan membuat filem-filem ini dengan niat untuk mempamerkannya kepada dunia, kerana kami percaya bahawa kandungan yang dihasilkan oleh Malaysia berpotensi tinggi untuk berjaya di peringkat antarabangsa,” jelasnya lagi.

“12 filem Dalam 24 Bulan”, – Projek Terkini Bantu Rancakkan Industri Perfileman “12 filem Dalam 24 Bulan”, – Projek Terkini Bantu Rancakkan Industri Perfileman “12 filem Dalam 24 Bulan”, – Projek Terkini Bantu Rancakkan Industri Perfileman

Beliau berkata, perjanjian yang dibuat itu menuju kepada visi mereka untuk memperluaskan Tremendous ke arah pendigitalan ketika beralih dari pameran acara ‘stage play’ untuk menghasilkan kandungan media digital dan sekarang ke filem.

IKLAN

Sementara itu, Pengasas yang juga Pengarah dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi berkata, Tremendous Entertainment adalah salah satu syarikat hiburan terkemuka di Asia Pasifik yang telah menghasilkan dan mempersembahkan beberapa tajuk hiburan paling terkenal di dunia.

“Dengan usaha sama ini, kami berharap penghasilan 12 filem ini dapat membantu membina semula dan memudahkan pemulihan industri perfileman tempatan yang membolehkan kami bersama-sama mencipta lebih banyak kandungan global.

“Ia bertujuan untuk mendapatkan sorotan antarabangsa mengenai filem dialek khas seni dan budaya Malaysia serta memberi peluang kepada seniman tempatan kita untuk berjaya di peringkat global,” jelasnya.

IKLAN

Difahamkan, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio akan menghasilkan lima filem dialek Melayu di sekitar Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor serta empat filem tempatan dialek Cina yang difokuskan di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Di samping itu, beliau menyatakan tiga filem tempatan berbahasa Inggeris turut akan dihasilkan bersama dan difilemkan di negara jiran termasuk Korea, China, Indonesia, India serta beberapa buah negara lain.

“Filem pertama dari 12 filem telah selesai dan penggambaran untuk filem kedua akan bermula pada bulan September ini dengan penerbitannya bermula pada bulan Oktober 2021,” katanya.

Diketuai oleh Pengarah pemenang anugerah antarabangsa CL Hor, Zebra Studio mempunyai ekosistem pengeluaran yang dilengkapi dengan teknologi terkini mulai dari kemudahan audio hingga pos dan VFX.

Bersinergi dengan pasukan kreatif yang mahir dari Zebra Pixel yang diketuai oleh Penyelia VFX Hollywood Jae Cheol Hong, Zebra Studio dan Pixel dapat memperkaya kandungan Malaysia melalui penghasilan dan konseptualisasi kandungan inovatif di platform media tradisional dan baru.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI