Gegar Vaganza musim ke-empat (GV4) akhir yang sudah melabuhkan tirainya malam Ahad lalu nyata menjadi malam bertuah buat penyanyi Janji Manismu, Aisyah. Lagu All By Myself membuka ruang buat penyanyi berusia 52 tahun ini untuk membuktikan dia masih berbisa sekaligus menambat hati barisan juri profesional.

IKLAN

MH senaraikan 10 trivia menarik GV4 akhir yang mungkin anda terlepas pandang.

IKLAN
IKLAN
  1. Pada sidang media sejurus program selesai, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad memberi senarai markah penuh barisan finalis bertanding. Tempat pertama ialah Aisyah dengan mengumpul 81 markah, Liza Hanim (79), Lan (70.4), Hazami (70), Firman (69) dan Tia Jinbara (66).
  2. Pembukaan GV4 akhir dimulakan dengan pengenalan finalis bertanding dengan menyampaikan lagu popular masing-masing. Kemudian, gimik bunga api menggamit penonton yang memenuhi ruang Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru. Malah Nabil dan Jihan sempat dilihat terkejut dengan gimik berkenaan hingga Jihan melatah lalu mememang perutnya sebelum dipapah penari ke belakang pentas.
  3. Pada malam itu, penaja platinumnya, Datuk Seri Vida dari Qu Puteh telah mengenakan dua persalinan. Di sidang media, dia sempat bertanya kepada rakan media adakah imej ini masih sesuai dengannya untuk digayakan pada tahun hadapan. Jawapan kami, Datuk kena tampil simple, tak perlu dah sarat-sarat!
  4. Ramai yang tidak tahu bahawa piano yang menjadi props persembahan Hazami bukanlah piano sebenar. Sebaliknya, ia hanyalah replika semata-mata.
  5. Ditanya adakah Liza Hanim ralat apabila tewas di tangan Aisyah, penyanyi Gelisah Mimpi itu mengakui tidak rasa kecewa. Sebaliknya dia rasa terharu dan berbangga apabila dapat berkongsi pentas dengan penyanyi senior itu.
  6. Aisyah mengakui takut dan gementar apabila mendapat lagu Celine Dion dan DeFam pada peringkat semi final lalu kerana dia perlu balik dan hanya fokus untuk hafal lirik. Katanya, kalau masuk kereta pun kena putar dua lagu berkenaan bimbang tertinggal mana-mana perkataan hingga membawa makna berbeza.
  7. Setelah empat musim, akhirnya kelibat isteri Datuk Ramli MS, Alyah muncul di program akhir GV4. Katanya, dia sanggup ke Johor untuk menonton GV4 secara langsung bagi memberi sokongan terhadap Aisyah.
  8. Rata-rata penonton dan rakan artis memberi standing ovation buat Aisyah apabila dia selesai membuat persembahan untuk pusingan pertama. Malah Hetty juga sempat mengalirkan air mata mendengar nyanyian penyanyi asal Negeri Sembilan itu.
  9. Lan yang tidak sangka kerana diumumkan sebagai pemenang ketiga pula mengakui telah cuba memberikan persembahan sehabis baik dan menganggap kemenangan yang diraihnya juga adalah rezeki anak yang bakal lahir.
  10. Rakan media dari Kuala Lumpur yang mengikuti trip eksklusif ke Pinewood juga sempat berkunjung ke Johor Premium Outlet yang boleh dikatakan menjadi lokasi ‘wajib’ untuk membeli-belah. Malah, kelihatan juga beberapa artis yang tidak melepaskan peluang sama. Antaranya ialah Nabil Ahmad, Raja Azura, Alyah, Zur Eda, Haida dan pereka fesyen, Calvin Thoo.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI