“10 Orang Terkaya Dunia 2019,” – Orang Islam Di Tangga Pertama, Ini Perkongsian Jasmin Hamid

Share

Senarai individu terkaya dunia 2019 perkongsian Jasmin Hamid di laman Instagramnya cukup mengejutkan.

Individu pertama paling kaya di dunia merupakan orang Islam, jauh meninggalkan jutawan lain seperti Bill Gates, Mark Zuckerberg dan Warren Buffet.

Dan lebih mengejutkan, dengan hanya menunaikan solat sunat dua rakaat Qobliyah Subuh, kita merupakan individu terkaya dunia.

“Semoga kita jadi orang yang paling KAYA di sisi Allah.. #allahmahapemurah

#allahuakbar #allahmahabaik,” kongsinya.

Sekadar makluman, solat sunat Qobliyah Subuh merupakan solat dua rakaat yang dikerjakan sebelum solat Subuh.

Menurut hadis, muslim yang melaksanakan solat sunat ini akan mendapat ganjaran pahala yang sangat besar dan lebih baik daripada dunia dan isinya.

Menurut hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad Rasulullah saw hampir tidak pernah meninggalkan salat sunnah qobliyah Subuh.

Foto : Instagram Jasmin Hamid

IKLAN