Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

‘Pelakon kayu’ sering sahaja kita dengar sejak kebelakangan ini di mana ia memberikan maksud pelakon yang kaku berlakon. 

Kalau kita dapat lihat bukan sahaja netizen yang sering mengulas tentang pelakon kayu namun ada di kalangan selebriti juga turut membahaskan tentang isu pelakon kayu ini dan ada juga mengeluarkan pendapat agar pelakon-pelakon baru pergi ke kelas lakonan agar lebih menjiwai watak yang dilakonkan.

Pelakon Beto Kusyairy turut berkongsi pendapatnya tentang isu pelakon kayu ini.

Bagi Beto, dia nampak ada peningkatan dari segi kualiti dalam pembikinan sesebuah filem dan drama masa kini cuma apa yang menjadi masalah adalah ada segelintir syarikat produksi yang mementingkan populariti seseorang artis itu berbanding kualiti.

“Saya nampak ada peningkatan dari segi kualiti pembikinannya sendiri cuma menjadi masalah saya sekarang ini adalah bila mana orang lebih utamakan ataupun pembikin mahupun khalayak yang lebih mengutamakan populariti instead of quality,” ujarnya.

Katanya lagi, perkara sebegini agak bahaya dan ada di antara rakan-rakan yang memberitahu kepadanya borang ‘casting’ yang diterima terdapat soalan yang meminta bilangan pengikut artis tersebut di media sosial.

“Bahaya perkara sebegini, banyak komen daripada kawan-kawan saya yang mengatakan apabila mereka ditawarkan satu watak, borang casting itu sendiri ada satu clause yang menyatakan minta bilangan follower di IG dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Pelakon ini juga mempersoalkan, bagaimana kedudukan para pelakon yang betul-betul berbakat namun mempunyai bilangan pengikut di media sosial yang tidak ramai.

Beto berkata lagi, ada masanya dia berasa marah dengan keadaan ini namun dia faham setiap tawaran itu adalah soal rezeki.

Menurutnya lagi, untuk artis yang ditawarkan berlakon kerana mempunyai bilangan pengikut yang tinggi walaupun kurang berbakat dalam bidang lakonan, dia berharap mereka tidak mengambil mudah dalam menjayakan sesebuah watak yang diberikan.

“Saya kadang-kadang jadi marah tapi saya faham ini semua soal rezeki.

 

“Apabila orang-orang sebegini yang mempunyai followers ramai tapi mungkin kurang dari segi penghayatan dan sebagainya ditawarkan berlakon, janganlah anggap benda tu, ‘ok orang dah ambik aku so aku pun deliver suka hati je’,” kata Beto.

Baca juga: Beto Kusyairy Bertahan Dengan Prinsip

Dalam pada itu, Beto juga menasihatkan agar pelakon-pelakon ini perlu mengambil peluang yang mereka perolehi untuk menjadi seorang pelakon yang bagus.

“Apa yang mereka kena buat ialah ambil kesempatan itu untuk menimba ilmu dan buktikan pada orang di luar yang ‘aku bukan kayu’ seperti yang orang selalu kata.

 

“Kalau kau rasa kau betul layak untuk bergelar pelakon buktikan pada orang kat luar yang kau bukan pelakon kayu dengan ambil kelas, workshop dan sebagainya,” ujar pelakon ini Bisik Pada Langit ini.

Tambahnya lagi “duit dah ada, apa salahnya spend sikit supaya orang tak lagi mengutuk kita,”.

Begitulah pendapat yang dikongsikan oleh Beto tentang isu pelakon kayu ini. Namun begitu dia tidak menuju kepada sesiapa tentang isu ini dan berkongsi pendapatnya secara terbuka kepada semua.

Diharap sedikit sebanyak kata-kata nasihat yang dikongsikannya ini boleh diterima oleh semua.

Sumber: Mstar Online

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "