Umum kenal dengan jenama Fashion Valet telah berdiri megah dengan jenama-jenama terkenal antarabangsa yang lain. Mempunyai butik kepunyaan sendiri di pusat membeli belah terkenal ibu negara, Pavilion yang kos sewanya pasti tinggi.

Mereka juga telah mengeluarkan scarf yang menjadi kegilaan ramai. Kini, tudung dUCk Scarf merupakan tudung paling mahal dan eksklusif di Malaysia.

Bercakap mengenai pengasas Fashion Valet, Fadza Anuar dan Vivy Yusof bukanlah satu nama yang asing di dalam dunia keusawahanan dan boleh di anggap sebagai ikon Fashion Malaysia. Keduanya memberi inspirasi kepada golongan muda khususnya.

Apa yang menarik, menerusi Tatler Malaysia, Fadza Anuar dan Vivy Yusof tersenarai sebagai 300 individu yang berpengaruh di Malaysia dan dilihat menggunakan ‘title’ penuh, Dato’ Fadzarudin Anuar dan Datin Vivy Yusof.

IKLAN

Vivy Yusof Dan Suami Dapat ‘Title’ Baru?

Dikhabarkan,mereka berdua sudah lama mendapat ‘title’ ini, namun mereka mengambil langkah untuk terus merendah diri.

Pada tahun 2012, Vivy dan suami telah mendapat tempat pertama dalam Make The Pitch, sebuah rancangan televisyen realiti di mana mereka berdua memenangi pelaburan RM1 juta oleh MyEG Services Bhd.

IKLAN

Vivy juga muncul dalam program realiti TV terbitan Astro yang bertajuk Love, Vivy.

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2012 dan kini mempunyai dua cahaya mata Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah.

IKLAN

Vivy Yusof Dan Suami Dapat ‘Title’ Baru?

Vivy Yusof Dan Suami Dapat ‘Title’ Baru?

MH ucapkan tahniah buat Datuk Fadzarudin Anuar dan Datin Vivy Yusof! Semoga kisah mereka akan terus menjadi inspirasi buat semua.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI