MH nak tergelak melihat kenakalan netizen yang memperodikan sebuah video pasangan kekasih di mana si lelaki memujuk kekasihnya yang sedang kelaparan.
Melalui sebuah video berduarsi 30 saat memaparkan mereka berdua yang menaiki motosikal untuk mencari cendol, namun gagal dan si lelaki memujuk kekasihnya itu dengan cara yang cukup manja.
Namun seperti biasa adalah pelbagai versi video parody yang tercipta. Paling MH tak tahan bila lelaki juga cuba beraksi manja seperti gadis tersebut. Memang melucukan!
https://www.facebook.com/zura.zaki.357/videos/161137558012727/
https://www.facebook.com/zura.zaki.357/videos/161137581346058/
https://www.facebook.com/zura.zaki.357/videos/161137628012720/
Apapun beruntung gadis tersebut kekasih yang sanggup melayan dan memujuknya dengan baik.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isyariana Payah Nak Percaya Lelaki, Ramai Dah Angkat Kaki; “Mungkin Saya Selesa Dengan Keadaan Sekarang.”
Menginjak usia 33 tahun, pelakon Isyariana mengakui ada terfikir untuk mendirikan rumah tangga namun ia bukanlah fokus utama buat dirinya pada ketika ini.
Menurut Isyariana atau nama sebenar, Isyariana Che Azmi, 33, kegagalan rumah tangga ibu bapanya sedikit sebanyak memberi kesan buat dirinya yang mana dia melihat sendiri keadaan ibunya yang bangkit selepas melalui situasi tersebut.
“Saya percaya jodoh itu ada dan tidak menolaknya, kalau memang Tuhan sudah tetapkan dia, mungkin hati saya akan senang.
“Saya memang berdoa supaya tidak dipertemukan dengan seseorang yang bukan untuk saya. Kalau boleh saya tidak mahu berhadapan dengan penceraian tetapi perancangan Tuhan, siapa yang tahu,” katanya kepada MH.
Isyariana ditemui pada majlis sidang media dan tayangan episod pertama drama terbaharu lakonannya, Isteri Halal yang diadakan di Z Botanica by Nicksman, One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Isyariana berkata dia tidak serik untuk bercinta sebaliknya mempunyai ‘trust issue’ yang mana menyebabkan mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya pasti akan berlalu pergi sebelum hubungan mereka melangkah ke fasa seterusnya.
“Saya masih belum berkahwin bukan disebabkan takut teraniaya atau sebagainya. Cuma, mungkin saya sudah selesa dengan keadaan seperti sekarang ini.
“Tapi, masalah sebenarnya adalah saya susah hendak mempercayai seseorang lelaki itu. Kadang-kadang saya terpaksa mengambil masa lama untuk mengenalinya.
“Sehingga membuatkan dia rasa bosan dan berfikir saya tiada usaha untuk ke fasa seterusnya… jadi, akhirnya dia pun pergi,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, Isyariana berkata dia mengimpikan jejaka yang bukan berlatar belakangkan industri hiburan selain si dia mestilah seorang yang tidak banyak bercakap.
“Saya mahu yang pendiam. Saya suka orang yang hanya bercakap perkara penting sahaja. Biar saya sahaja banyak bercakap.
“Selain itu, kalau boleh saya mahu elakkan individu yang bergelar selebriti,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai wataknya dalam Isteri Halal, Isyariana berkata dia teruja apabila pertama kali dapat bekerjasama di bawah syarikat produksi Radius One.
Menariknya, jalan cerita yang dibawakan drama itu mengetengahkan isteri teraniya yang cuba bangkit daripada suami yang berlaku curang terhadapnya.
“Ini merupakan kali pertama saya berlakon di bawah produksi Radius One, memang cukup teruja sebab dah lama memang nak berlakon dengan mereka.
“Saya pun suka dengan watak Adelia yang mana kali ini memperlihatkan watak isteri yang kembali bangkit bila diri dicurangi suami, lain daripada watak-watak baik yang pernah saya jayakan sebelum ini,” katanya lagi.
Isteri Halal yang diarahkan Uchee Fukada bakal memulakan siaran pada 27 Februari ini menerusi saluran Astro Ria (104).
Ia mengisahkan kisah hidup Adelia (Isyariana) yang meninggalkan keluarganya untuk berkahwin dengan Zayn (Aidit Noh), seorang lelaki daripada keluarga miskin.
Zayn kemudiannya bermain kayu tiga di belakang Adelia dengan menjalinkan hubungan sulit dengan sahabat baik Adelia sendiri iaitu Eyra, lakonan Uqasha Senrose.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Orang Hebat, Patut Ada Dalam Parlimen,” – Datin Seri Shahida Anggap Kekalahan KJ Satu Kerugian
Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahidah menyifatkan kekalahan calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Parlimen Sungai Buloh seperti satu kerugian buat negara.
Meskipun berbeza fahaman politik, namun, Shahida tetap merasakan YB Khairy atau lebih mesra disapa KJ mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih baik.
“Salah seorang yang sepatutnya menang semalam. Walaupun berbeza pandangan parti, bagi saya KJ adalah orang yang hebat dan patut ada dalam parlimen,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh ibu kepada lima orang cahaya mata itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Lantaran itu, Shahida berharap agar bekas Menteri Kesihatan itu tidak putus harapan sebaliknya meneruskan perjuangan untuk memakmurkan negara meskipun tidak bergelar Ahli Parlimen.
Malah, dia juga turut menyeru kepada semua pemimpin yang memenangi kerusi di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini untuk menjalankan tanggungjawab dengan sehabis baik.
“Semoga KJ tak putus asa dan teruskan usaha dan jangan patah semangat.
“Semoga mana-mana parti yang bergabung untuk membentuk kerajaan nanti dapat laksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada anda,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan senario politik di negara ini akan sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Betul Datin saya setuju. KJ patut kena ada dalam parlimen.
“Sedih bila KJ tiad dalam parlimen.
“Sama Datin. Saya pun suka cara kerja beliau. Kalau jadi menteri, buat kerja. Kalau pembangkang pun, yakin dia akan buat kerja.
“Saya pun harap KJ menang tapi bukan rezeki dia. Pengundi yang buat pilihan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Parlimen Sungai Buloh menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara PH, BN, Perikatan Nasional, Pejuang, Parti Rakyat Malaysia dan dua calon Bebas.
Calon PH, Ramanan Ramakrishnan berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,693 undi berbanding Khairy Jamaluddin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Majalah Nona Rai Kejayaan Wanita, Lihat 10 Fesyen ‘Stunning’ Para Tetamunya!
Makan malam serba eksklusif, “The Enchanted Night” anjuran Majalah Nona pada Rabu khusus bagi meraikan golongan wanita yang pernah diiktiraf dalam Nona Superwoman Award 2018 – 2022 sebelum ini.
Nona Superwoman Award yang pernah diadakan sebanyak tiga edisi itu adalah untuk memperkasakan golongan wanita di dalam pelbagai bidang, sekaligus menjadi inspirasi kepada wanita lain.
Menerusi majlis sama yang dilangsungkan di Zebra Square Kuala Lumpur, turut memperkenalkan kempen terbaharu mereka iaitu Nona No. 1 Inspirasi Wanita.
Kempen Nona No.1 Inspirasi Wanita ini bertujuan untuk menjadikan Nona sebagai pemangkin kepada wanita-wanita untuk berjaya dalam bidang masing-masing.
Menurut Kiffy Razak selaku Head of Business (Women), majlis ini diadakan sebagai usaha menyatukan para wanita hebat daripada pelbagai bidang di Malaysia.
“Dengan adanya hubungan ini, Majalah Nona sebagai satu platform penanda aras wanita sukses dan media gaya hidup yang dipercayai dapat saling membantu satu sama lain serta membantu masyarakat melalui pelbagai program CSR.
“Menyedari tiada lagi mana-mana platform wanita yang kukuh memperjuangkan pelbagai sisi positif wanita, tiga portal Nu Ideaktiv iaitu Nona, Mingguan Wanita dan Hijabista kini bergabung di bawah satu payung yang dikenali Segmen Wanita. Di sinilah tempatnya wanita dapat meluahkan perasaan, berkongsi kejayaan dan bergembira,” katanya.
Istimewa, ikuti gaya ‘memancing’ perhatian para tetamu yang hadir kala menyerikan majlis makan malam “Nona The Enchanted Night”. Mana satu yang paling ‘wow’?
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI