Nampaknya isu Nabila Razali ‘berduet’ dengan Iqram Dinzly membuat persembahan di atas pentas menyanyi dan menari lagu Pematah Hati hangat diperkatakan.

Walaubagaimanapun ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan Nabila yang menjemput Iqram untuk membuat persembahan tersebut.

Malah ada yang kecewa kononnya mengapa Nabila menggalakkan lagi Iqram menari sebegitu.

IKLAN

Melalui majlis Pelancaran Koleksi AliffbySha V Five Inspires Women & Romah Makan Terlajar Laris, Nabila menjelaskan situasi sebenar, apa yang telah terjadi sebenarnya.

Menurut Nabila sebenarnya dia langsung tidak tahu apa-apa tentang kehadiran Iqram semasa persembahannya dia hanya sedar Iqram di situ sebaik sahaja melihat tumpuan ramai seolah-olah terganggu dan lebih teruja di belakangnya.

Tertanya-tanya apa yang terjadi, Nabila segera pusing kebelakang dan terkejut melihat Iqram muncul dan menari.

IKLAN

“Saya sebenarnya tak tahu pun pasal kehadiran Iqram Dinzly, dia yang naik sendiri. Saya memang berada di bawah menyanyi dengan budak-budak.

 

“Kalau tengok video yang ada di situ saya menyanyi bersama-sama tiba-tiba saya tengok kenapa mereka dah tak fokus dekat saya, bila tengok belakang rupanya abang Iqram sudah ada dibelakang.

 

“Saya sebagai seorang artis yang profesional saya tidak boleh biarkan dia keseorangan di atas, jadi saya rasa patutlah saya join dia, naik dan go with the flow,” jelasnya kepada Media Hiburan.

Walaubagaimanapun Nabila sangat berterima kasih pada Iqram kerana sanggup mengiringinya membuat persembahan dan menganggap kemunculan itu berjaya mencuri perhatian dan menghiburkan orang di majlis tersebut juga.

“Saya ingin berterima kasih pada Iqram kerana mengiringi saya untuk lagu Pematah Hati dan tanpa kehadirannya orang mungkin tidak akan terhibur sehingga begitu sekali,” jelasnya lagi

Bercerita tentang kekerapan Iqram menari lagu Pematah Hati di Live videonya, Nabila memberitahu dia menganggap itu merupakan satu sokongan daripada rakan artis dan senior yang sangat bermakna buatnya.

IKLAN

“Saya menganggap itu merupakan satu sokongan dari rakan artis bukan mudah nak dapatkan sokongan dari orang baru dikenali seperti Iqram,”kata Nabila.

Apapun orang ramai janganlah mengecam Nabila dan Iqram, mereka berdua hanya melakukan kerja dan punyai tanggungjawab masing-masing.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI