Select Page

Seram sejuk apabila menonton sebuah video yang telah menjadi tular di media sosial yang merakamkan seekor ular tedung sedang cuba menyelinap masuk ke dalam rumah.

Video ini telah dikongsi oleh seorang pengguna facebook yang dikenali sebagao Derrick Yifan.

Menurutnya, dia amat terkejut apabila terjumpa ular tersebut di hadapan rumahnya tempoh hari.

Video ini telah menarik perhatian ramai netizen dan ketika kejadian berlaku, Derrick memaklumkan bahawa tiada siapa di dalam rumahnya dan apabila melihat ular tesebut dia segera menghubungi pihak bomba untuk menangkap haiwan berbisa itu.

Menurut sumber lagi, ular sepanjang lapan kaki itu berjaya ditangkap walaupun pihak bomba mengalami kesukaran untuk mencarinya di dalam rumah tersebut.

Di akaun facebook Viral Media Johor pula turut berkongsi video tersebut dan rata-rata netizen yang menonton telah meninggalkan komen yang turut merasa panik dengan insiden tersebut.

Rosidah Bakri: Besarnya…aje lah masuk rumah pulak tu..

Zalisya Amanda: persoalannye skang kat umah tue ada org x..adoi seram

Suzie Iezz: Eeee gile besarnya ular klu aku confirm aq lari

Are Nam II: Mohd Aidil kau tengok ni , lain kali kalau dah bukak tingkap tolong tutup balik , yang kena patuk aku duluu

Asma’ Dzatin Yunus: yah umi Syu’Airah Yunus Cahaya Hidup Ku ttup lubg semua ewww seram

Jom tengok video yang sedang menjadi tular ketika ini. Memang seram tengok ular sebesar itu.

Sumber: Facebook Viral Media Johor & Derrick Yifan

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Tinggalkan Komen

error: