Select Page
  • 6.8K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    6.8K
    Shares

Tahniah diucapkan kepada pelakon lelaki dan juga bekas naib juara Hero Remaja 2011/2012, Saharul Ridzwan kerana kini dia telah pun bergelar seorang bapa.

Isteri kepada Saharul, Deena Emir telah pun selamat melahirkan putera sulung mereka semalam pada jam 6.45 petang secara normal.

Berat bayi lelaki ini adalah 2.8 kilogram dan bayi dilahirkan dalam keadaan sihat.

Di akaun instagaram Saharul pula ada gambar yang dikongsi dengan kapsyen luahan rasa syukur dan ucapan terima kasih buat isterinya yang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya.

“Alhamdulillah. Terima kasih @deenaemir wahai Isteriku. Sy ada bersama awak dlm berjihad mengarung nyawa demi satu nyawa yang amat penting dalam keluarga kita. Tak terbalas pengorbanan awak. Terima kasih kerana menjadi seorang yang faham diri saya. I love you so much sayang @deenaemir and welcome baby kesayangan semoga menjadi anak yang soleh yang tidak akan tinggalkan kami sewaktu hari tua kami. Aaminn,” tulis kapsyennya.

Memetik daripada laporan portal sebelum ini, sewaktu isteri Saharul sedang hamil di usia empat bulan, Saharul telah mengalami alahan seperti sering berasa loya dan muntah tetapi alahan tersebut masih boleh dikawal olehnya.

“Saya sendiri kadang-kadang terasa loya dan muntah. Mungkin sebab alahan kandungan isteri. Tapi tidaklah terlalu teruk, keadaan masih terkawal,” jelasnya.

Semoga bayi mereka membesar dengan sihat dan menjadi penyeri dalam keluarga kecil mereka.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "