Pelakon dan pengacara Diana Amir meluahkan rasa syukur apabila menjadi tetamu Allah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat kali kedua selepas tahun 2011.
Kongsi ibu kepada tiga orang anak itu, dia ditemani rakan-rakan serta dua orang anaknya iaitu Khawlah Al Azwar, 4 dan Khadija Azzehra, 2 tahun bersama-sama menunaikan ibdah umrah itu.
“Allahuakhbar! Penantian 8 tahun akhirnya Diana dpt jejakkan kaki kembali ke rumah Allah, lepas @zuhudholiday bgtau wanita boleh tunaikan umrah tanpa mahram. Ada yg dm Diana bgtau travel agent dia masih taknak bawa dia tanpa mahram, boleh contact @zuhudholiday k? Diana bawa Khawlah dan Khadija 2 anak perempuan Diana. Segalanya berjalan lancar, alhamdulillah!
“Pergi menunaikan umrah, bersederhanalah. Kita datang sebagai tetamu, hamba Allah yang hina, mengakui banyak dosa dan mengharapkan rahmatNya.
“Diana suka, dalam plane ustaz ada bagi tazkirah, tak perlu tengok movie yang tersedia dalam plane, hari2 dah kita tengok movie. Nak tunaikan umrah, lupakan dan tinggalkan dunia dalam jagaanNya, kembalikan perhatian, masa dan jiwa pada Dia. Sebab tu sebelum pergi kena buat wasiatkan?,” kongsi pelakon filem 7 Petala Cinta itu.
Malah, pemilik nama penuh Nurdiyana Amir Hashim itu turut menasihati agar sentiasa kelihatan cantik dan kemas apabila menziarahi pusara Nabi; tetapi tidak perlu keterlaluan.
“Bila pergi ke Madinah , nak ziarah Nabi barulah kita melawa2. Macam hari raya lah. Cuma taklah melawa mcm kat Malaysia, melawa cara disana, pakai baju baru yg paling cantik kita ada, pakai wangian bagi lelaki, setiap kali nak ziarah mandi wangi2, gitu. .
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.” (QS. Al-A’raf: 26).
“Februari 2020 Diana akan pergi lagi InsyaAllah,” rancang wanita itu.
Meraikan sambutan Hari Natal bersama keluarga tercinta, penyanyi Nourul Depp gembira apabila dapat berpakaian ‘pyjamas’ sedondon bersama suami dan anak-anaknya.
Lebih meriah, sambutan itu diadakan di rumah mertuanya di Perancis.
“Hari raya sama. Ni pun sama. Hangpa ni memang haqu. Susah sungguh nak duduk diam ambik gambaq. Sorang menyorok, sorang nak terbang. Sorang nak rabat sana sini.
“Asalkan ada gambaq. Selamat hari natal pada yang meraikan, pada yang sama membantu meraikan.
“Semoga perhubungan muhibah berpanjangan. Dari kami di Perancis. Saint Diè des vosges,” tulisnya samabil disertakan beberapa keping foto suasana perayaan Hari Natal.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak itu gembira meraikan perayaan itu khas buat keluarga mertua.
“To wrap up celebration untuk mak bapak mertua kami. Depa happy. Saja ja beli baju ni. Pyjamas sebenaqnya dari @patpatglobal depa baguih kalau barang online. Ni kami recommend. Kami tak kenai depa. Kami jumpa online ja. Quality no.1.
“Saja bagi depa happy. Tahun depan tak balik sini. Kami kat negeri lain. Ya dah plan untuk tahun depan. Plan kena ada. Kalau dak blur ta tau jadi apa.
“Apa apa pun, kita hanya merancang.
“Syok bagi depa happy. Banyak gelak ketawa tahun ni. Hangpa jangan gelak na. Tapi pyjamas ni best!,” tulisnya.
Untuk rekod, Nourul mendirikan rumah tangga bersama Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
Terdahulu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein,39, yang telah pun selamat bergelar tunang kepada lelaki pilihan hati, Mohamad Azlan, 29, kira-kira jam 1.10 petang tadi.
Majlis telah dilangsungkan secara meriah dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu dilangsungkan di Dewan Tun Hussien Onn, Putra World Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
Penyanyi Bakawali yang anggun mengenakan persalinan rona hijau pastel turut menerima sebentuk cincin dari bakal ibu mertuanya, Zaiton Abdullah selain lima dulang hantaran berbalas tujuh.
“Alhamdulillah, majlis tunang sudah pun selesai dan berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan. Terharu dengan kehadiran insan-insan yang tersayang.
“Doakan semoga urusan perkahwinan saya akan dipermudahkan, InsyaAllah,” katanya.
Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari Indah Ruhaila dan Sarah Raissuddin sementara Zulin Aziz bertindak sebagai hos majlis.
Elly atau nama lengkapnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sebelum ini ada mendedahkan dirinya sedang berkenalan dengan lelaki asal Kuala Krai, Kelantan dan turut merancang untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan.
Elly yang masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah tunang turut menggelarkan si dia sebagai Papa Awan Nano.
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...