Masihkah semua ingat dengan filem Kuch Kuch Hota Hai yang ditayangkan pada 1998, filem yang mendapat sambutan menggalakkan di India dan serata dunia termasuklah di Malaysia.

Ketiga-tiga bintang Kuch Kuch Hota Hai iaitu Shahrukh Khan, Kajol dan Rani Mukerji menjadi bintang yang mendapat tempat di hati peminat sehingga kini.

Shah Rukh Khan Damaikan Kajol, Rani Mukerji

Namun sejak filem Kuch Kuch Hota Hai, ketiga-tiga bintang tersebut jarang terlihat bersama, apatah lagi bergabung di dalam filem yang baru.

Dikhabarkan kedua heroin filem itu bermusuhan dan menyebabkan hubungan mereka menjadi renggang. Malah media di India juga sering melaporkan bahawa Kajol dan Rani Mukerji sering mengelakkan diri untuk bertembung di dalam majlis.

IKLAN

Malah, mereka dikatakan telah bermusuhan selama hampir lima tahun.

Bagaimanapun, hero pujaan itu telah mengejutkan ramai peminatnya dengan memuat naik gambar mereka bersama.

IKLAN

Menerusi satu entri di akaun Twitter milik aktor 51 tahun itu , dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan diapit dua wanita cantik, Kajol dan Rani Mukerji membuatkan peminatnya teruja.

Shah Rukh Khan Damaikan Kajol, Rani Mukerji

IKLAN

“Sum nites the stars with u shine brighter than the ones in the sky.Thank u ladies for ur graciousness beauty & love.” ujarnya di Twitter

Perkongsian hero Bollywood itu telah menerima lebih daripada 48,000 likes setakat ini. Ruangan komen juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikut ketiga selebriti terkenal itu.

Posting daripada SRK ini membuatkan MH Online teringat momen mereka bertiga dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.

Shah Rukh Khan Damaikan Kajol, Rani Mukerji

Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat Shahrukh Khan kembali berkolaborasi dengan dua heroin pujaan semua itu kan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI